Friday, April 12, 2013

Kuching part-3

Okay last part.
Mood untuk sambung Kuching trip ni dah hilang sebenarnya.

Third day iaitu hari last kat sini, aku pergi Pasar Satok (kubah ria), pasar ni locals panggil pasar minggu sebab sabtu dan ahad je yang bukak. Pergi sendiri sorang-sorang naik bas, pengalaman itu nice jugaklah untuk dikenang. HAHA. The locals were very nicee lah. Dari waterfront ke satok naik bas RM2 ( kena tukar bas - dua bas kena naik). Balik naik teksi RM15. With the help of sarawakians, aku berjaya pergi balik dengan selamatnya, alhamdulillah semua smooth saja. Takde sesat jalan ke apa ke. 

Sampai kawasan pasar terus cari breakfast dulu.

 
Mee kolok aka kolok sup


 
Pasar tani area pasar satok. Pasar ni besar, macam-macam ada, love this.

Lepas dah ronda-ronda beli barang - ikan terubuk masin  kek lapis dengan kuih cincin terus cari teksi untuk balik sebab dah penat. Sampai waterfront singgah kat roadshow karnival pendidikan tinggi negara (kebetulan masa itu ada kat kuching), aku masuk sebab nak beg free dorang je letak ikan terubuk aku tu. Nanti senang nak angkut bawak naik kapal terbang as aku takde beli luggage pape.


 Lepak-lepak kat waterfront sampai tengok ragam-ragam bebudak pergi karnival tu.

Masa lepak sorang-sorang kat sini dua orang brader yang jaga booth (u mana ntah, lupa dah) mintak tolong tangkapkan gambar untuk dorang guna tab, lepas tu macam mana ntah gambarnya takde. Dua tiga kali lah jugak aku try tapi gambarnya tetap takde. Dah dorang cakap aku tak ikhlas. HAHA. Rupa-rupanya gambar gelap sebab terlindung dgn case dia tu. Sembang-sembang dengan dorang kejap. Biasalah bila orang semenanjung jumpa orang semenanjung kat borneo.

Tips: Biasanya kalau travel sorang-sorang especially perempuan, for safety reason it'd be better kalau kita tak cakap kita ni sorang-sorang kalau orang tanya. Tengok orang jugak lah sebenarnya. Kalau kita rasa orang tu pelik semacam je, pandai-pandai lah kelentong cket.

Tapi dengan dua brader ni okay je, dorang pon tengah kerja jaga kaunter wakil U dorang, lepas tu aku memang dah nak balik dah petang tu so bila dorang tanya jawab aje lah benda yang betul.

 
Tunehotel belakang hilton tu.

 
Cantik design ADUN ni


 Then, bila dah petang balik hotel dan bersiap untuk ke airport. Guna airport transfer dari tune hotel ke kuching international airport kena bayar RM20. ceit maheii betul! Hotel 360 dorang cas tak sampai rm3 utk airport tarnsfer.

 
Pas lawatan sosial.
Orang semenanjung permitted to enter and remain in sarawak for 90 days only. 


 
Kuching International Airport

 7.20 p.m ke JHB

End of the trip, alhamdulillah. Lepas ni aku target untuk ke BKI for the next next next 
(taktahu bila) month Insyaallah.
and then,
Complete lah sudah satu Malaysia dalam masa 25 tahun.


p/s : Balik dari Kuching, singgah johor dulu lepas tu balik terengganu sambung cuti. On the way balik rumah (kat terengganu), purse aku hilang, not sure tercicir atau orang curi. Yang pastinya hilang masa dalam bas, masa tu memang penat mengantuk sangat so tertidur dalam bas. Tapi aku perasan orang sebelah aku (seat yang belah sana) lelaki muka macam drug addict je tapi takde nk cakap dia yang ambil. Masa naik bas tu memang ada lagi utk bayar tiket bas, lepas tu tertidur dengan handbag terbukanyaa. Nasib baik dalam purse duit tak banyak, dalam rm20 gitu je sebab dah asingkan dalam pocket kecik handbag, dalam rm450. Nasib baik tergerak hati nak letak asing-asing. alhamdulillah duit tu ada je dalam handbag. Cuma terkilan sebab ada benda yang aku sayang dalam purse tu yang aku simpan dari tahun 2009. Terkilan sangat-sangat tapi terpaksa redha, huhu. Bankcards, matric card, lesen semua hilang lah. matric card & lesen sampai sekarang tak ganti baru lagi, heww. IC nasib baik juga ada dalam handbag, mungkin masa kat airport tu aku tak masukkan dalam purse terus ataupon 'orang' tu tinggalkan ic. Entah tak ingat. 

i take that as kecuaian diri sendiri, masa balik dari Medan tahun lepas pon hilang jugak, tapi yang tu dia amek duit je (kat airport medan), purse tinggal yang ni dengan purse sekali dia angkut. betapanya aku sayang purse merah aku tu susah nak cari ganti haha.