Saturday, September 6, 2014

SIngapore Julai 14-2

Hari ke dua di Singapore.
Pagi tu gerak sama-sama dengan Sari dari hotel, dia dengan kerja dia aku pergi jalan sorang-sorang. Confident je jalan sorang-sorang kat sana sebab rasa macam tak susah pon lepas tu rasa secure je. Singapore ni crime rate dia sangat low, kat mana-mana ada CCTV okay, so insyaallah la selamat kalau jalan sorang-sorang. 

Plan aku harini nak pergi Marina Bay, Merlion Park dengan Airport Changi. Nanti bila dah habis ofis hour plan dgn Sari nak pergi Little India dgn China Town. First aku pergi Marina Bay. Turun kat stesen Marina Bay (Circle line/North South line). Boleh tahan jauh la jalan nak ke sini. Pastu dari Marina Bay tu kan boleh nampak Merlion Park sebelah sana, confident je boleh jalan kaki ke Marlion Park. Tapi dah jauh jalan tu patah balik, hish gila apa nak jalan jauh gila. Dah la Singapore ni panas, walaupon time tu awal lagi tapi panasnya lah. Nasib baik sempat curik air mineral kat hotel masuk dlm handbag. Drinking water bukan mineral water. 


Marina Bay.



Depan Marina Bay
Tempat orang-orang kaya. HAHA. Butik LV special punya kat atas tasik tu. Lain-lain premier brand ada kat bawah Marina Bay ni. 

Lepas dah jalan-jalan area situ, ambik gambar berangan sorang-sorang then pergi ke stesen MRT balik untuk ke Merlion Park. Turun kat stesen Raffles Place. Yang ni nak keluar cari jalan ke Merlion Park memang menguji minda jugak lah. Tanya kat customer service  exit mana ke Merlion Park, then dia bagi kertas bagitau jalan mana nak guna. Boleh tahan jauh sebenarnya nak ke Merlion Park dari stesen ni. Ditambah pulak yang sebenarnya aku tersalah exit. Cari Exit H tak jumpa so main redah aje lah. AKhirnya jumpa jugak ke Merlion Park ni, tapi disebabkan dah panas gila plus kaki dah melecet and dah penat sgt so dekat je lagi nk sampai ke Merlion Park ni aku patah balik. Lepak area sungai tu je, situ pn kawasan dia dah cantik dah. Panas time tu dah tengahari. Takpe lah boleh nampak dari jauh je Merlion tu, at least dah tengok depan mata kan. Walaupon nampak kecik je haha.

Cantik kawasan sini, boleh naik boat tu jugak. Tak pasti berapa harganya.

Sepanjang sungai nak ke Merlion Park. 

Bila jalan area sini boleh nampak ramai tourist yang jalan-jala area sini. 

Lepas dah jalan-jalan area sini, patah balik ke stesen MRT untuk ke Changi Airport. Airport ni antara airport yang terbaik kat dunia. So nak tahu jugak lah macam mana keadaan airport ni. HAHA. Lagipon airport ni dekat je dgn hotel kan. Kata suka travel mesti lah suka airport kan. 


Bila sampai airport ni, kagum jugak lah sekejap. Okay Changi Airport memang besar. Ada tiga terminal. Keluar dari MRT akan terus ke Terminal 2. Nak ke terminal 1 dengan 3 kena naik tren. Aku just duk lepak area Terminal 2 je. Ronda-ronda jugak sekejap kot-kot ada tempat untuk anjung tinjau tu tapi takde lah pulak. Ke aku tak jumpa. So memang tak nampak kapalterbang lah. Lepak situ kejap then dalam pukul 2 lebih balik ke stesen Expo semula. Sebelum balik hotel pergi mall Changi City Point untuk beli lunch. Food court aras bawah tu semua halal. Tapau nasi ayam SGD4.50. Balik makan kat bilik. Lepas makan solat rehat semua pastu tunggu Sari balik. Siap awal-awal sebab nak terus keluar lepas tu.

Little India
Turun kat stesen Little India(North East Line)
Macam takde apa sangat pon. Jalan kejap je area sini pastu kitorang ke Chinatown pulak
Turun kat stesen Chinatown (North East Line)


Chinatown

Kawasan Chinatown ni cantik, ada banyak bunga-bunga pastu lampu kaler-kalernya lagi. Tapi bila lalu kat part kedai makan tu yang tak best. Banyak roasted pork kat sini, bau dia memang kuat lah. Tahan nafas je bila lalu area tu. Haha. Dalam pukul 7 lebih kitorang gerak balik hotel. Nasib baik sempat maghrib kat bilik. Lepas solat kitorang kelluar balik cari makan malam. Sari beli beefsteak SGD7, aku beli nasi padang SGD7 jugak kalau tak silap. Tapau makan kat hotel je. 
End of day 2. 

Esoknya, khamis last day Sari training. Maknanya last day jugak kitorang kat Singapore. Flight Sari ke KL malam. Aku plan nak balik jb sebelum petang. Kalu lewat nanti jalan jem pulok, nanti lambat sampai UTM. Last day tu tak jalan memana dah. Sari dah keluar dulu pagi tu and dalam pukul 12 aku keluar untuk check out, tinggalkan luggage Sari kat kaunter tu then terus ke City Point, jumpa Sari bagi kad luggage dia pastu lunch sebelum gerak balik ke JB. 


Korean food. Rice with fried Saba. SGD 6.50, watermelon juice SGD2.20. 

Sedap kot, sampai sekarang dok teringat-ingat lagi rasa dia. First time sebenarnya rasa kimchi, boleh je aku telan. HAHA. 

Lepas dah abis makan terus gerak ke JB. Singgah UTC Kotaraya ambil IC baru then terus balik UTM. Nice experience, banyak tempat jugak lah tak sempat nak pergi; Orchard Road Masjid Sultan. Insyaallah lain kali. Pergi haritu tukar RM300 je, balik ada lagi balance dalam SGD50 + syilingnya banyak gila. HAHA. Beli tiket bas dari Kranji ke Larkin SGD2.20. Bas SBS. Duk sana duit banyak habis untuk tiket MRT je kotnya. 

P/S: Sari, lenkali ada outstation ajak la aku lagi. Tapi nak yg luar Malaysia je. Best kot dok hotel free. 
KahKah.

No comments: