Saturday, March 7, 2015

Ho Chi Minh Feb 2015


Alhamdulillah selesai sudah trip 4h3m ke Ho Chi Minh. Masa awal-awal tu risau juga jadi pergi ke tak. Kengkonon nak solo aje, tapi mak tak bagi. Diri sendiri pon tak 100 % confident nak solo so terpaksa lah angkut adik sekali. Sebelum ni solo dalam Malaysia je, termasuk sabah sarawak. Beli tiket last minit, memang mahal ler. Suruh dia naik AirAsia sorang-sorang, tak berani katanya. Total kitorang punya tiket more than 1k, Malaysia Airlines. 

 



Trip ni lebih kurang seminggu lepas Chinese New Year. Time CNY aku dah cuti seminggu, lepas tu balik UTM dua tiga hari nak cuti lagi, serius takut nak bagitau supervisor. Dah la sekarang kitorang semua agak strict, everyday 9 am - 5 pm. Siap kena sign in sign out lagi. So kalau nak cuti memang kena mintak permission lah. Disebabkan aku takut nak mintak cuti lagi, on the way ke KL baru inform supervisor, nasib baik tak kena marah, hew. Tambah pulak hari Isnin ada presentation. Ahad balik Isnin present, kerja tak siap.  Adik aku gerak dari Terengganu. Meet up kat TBS then terus ke KLIA dengan ERL. RM26.50 per person untuk one way. Flight pukul 11.55 am, so sempatlah kitorang lepak kejapbreakfast semua.


The thing is i am quite worried sebenarnya. Macam-macam fikir dalam kepala otak. Ada perasaan takut naik kapalterbang. heh. Last flight bulan 8 hari tu. Experience last flight KCH-KUL pon tak berapa nk indah. Dengan macam-macam kes yang ada sekarang. I prayed hard supaya cuaca masa tu okay dan semuanya okay. Frequent flyer pon boleh ada perasaan takut tu. Berbeza betul masa dedulu naik kapalterbang. Dedulu excited je, bila gegar-gegar pon still takde rasa pape, rasa adventure gitu. Sekarang gegar-gegar cket pon dah rasa lain macam. Dalam hati zikir tak berhenti. Cepat lah sampai. Sepanjang dalam flight tu memang tengok je flight info kat IFE. Takde dah dengar lagu ke, tengok movie ke. Nak tidur pon tak tenang. Memang agak restless sepanjang sejam lebih dari KUL-HCM tu. 
Duk tengok tu je sepanjang sejam lebih tu.

Then bila dah dekat nak sampai tu, kita akan nampak sawah padi yang teramat lah besar dan tersangat lah cantik. Subhanallah, memang sgt cantik. Tak sure area mana tu.  Dalam pukul 1 lebih kitorang sampai SGN. Masa kt Vietnam lewat sejam dari Malaysia.  Sampai-sampai je cari kedai sebab nak pecah duit kecik. Buat tambang bas 5000 VND/person. Tukar duit semua dia bagi 100,000VND. Takde duit kecik. So kitorang beli lah air tin 25,000VND satu. 

Bas airport ke city


 Untuk naik bas, keluar airport terus ke kanan cari bas No 152, warna biru. Harga ke City 5000VND shj. Kalau naik teksi range harga dalam 200000VND-300000VND. Nak jimat kita naik bas, lagipon bukannya banyak barang pon. Memasing bawak begpek kecik je. Last stop bas stesen dekat dengan Ben Thant Market, so kitorang turun situ. Masa awal-awal tu risau dah betul ke tak ni. Turun dari bas, survey-survey sekeliling. Then ada orang tanya 'Where are you going?', awal-awal tak layan pon. Lepas tu ada orang tanya lagi. Kitorang cakap 'Ben Thant Market'. Nak cari hotel, first sekali kena cari Ben Thant. Then orang tu tunjuk, lah sebelah tu je rupanya. Kena lintas jalan. Road kat sana mmg scary habis lah. Nak melintas tu memang kena betul-betul confident lah. Kalo tunggu jalan takde kosong sampai bila lah takdapat lintas jalan. Tengok orang lintas, so kitorang lintas je lah. Jalan dorang penuh dengan motosikal tapi Insyaallah dorang yg akan elak kita. So selamat je bila nak lintas. Yang penting jangan teragak-agak. Nak lintas, lintas terus.

 




Jumpa Ben Thant Market, then jumpa hotel kitorang. Saigon Pink 2 kt jalan Nguyen Ah Ninh. Betul-betul sebelah Ben Thant tu, tak susah pon nak mencarinya. Jalan Nguyen Ah Ninh tu memang macam Malaysia Street dah. Kat situ banyak hotel, restoren halal. Restoren Hjh Basiroh, Restoren Amin, Restoren 1Malaysia pon ada. So memang tak susah pon nak makan. Sampai hotel, lepas check in semua kitorang rehat kejap solat then bersiap utk turun. Masa check in hotel mintak passport so kitorang bagi fotostat passport je. Dah prepare awal- awal. 
 
First destination of coz lah Ben Thant Market, kengkononnya itu lah masa yg ada untuk bershopping, sebab plan awalnya kitorang nak ke Mui Ne esok pagi nya tu. Masuk Ben Thant survey-survey dulu then terus beli. Beli kain pasang, t-shirt, souvenir siap-siap dah. First day dh banyak duit habis bershopping. Sampai Ben Thant nak tutup lah,walaupon time tu memang dah lapar gila tapi tahan dulu. Last makan time dalam flight, itupon makan secoet je. Makanan seriously tasteless. Rice with chicken. Sedih betul dgn makanan Malaysia Airlines ni.


 
 Dekat pukul 6 macam tu baru kitorang pergi Restoren Hjh Basiroh. Order Pho (sebut as Per) Ayam air lime soda, adik aku order nasi goreng ikan masin dgn air kelapa. Pho memang sedap. Both makan tak habis. Adik aku perut masuk angin dah, aku dh kenyang. Big portion sgt Pho tu. 


Then, malamnya tu kitorang keluar lagi. Plannya nak mencari tiket utk ke Mui Ne. Nak mencari The Sinh Tourist. Daripada research yg aku dah buat, company ni memang trustworthly dan reliable utk tourist, sama ada untuk open bus ticket ataupon untuk tour. Jalan punya lah jalan tapi tak jumpa De Tham Street. Peta pulak tertinggal kat bilik. So last mmg tak jumpa lah. Ada jumpa few travel agent company tapi tak berani nak beli takut servis tak okay. Selain Sinh Tourist ada few lagi company yang okay macam Puong Trang, Vietnam Travel. Bila dah tak jumpa tu kitorang just lepak kat taman yg dekat dengan Ben Thant tu. Tengok life orang Vietnam. Then kitorang decide untuk cancel trip ke Mui Ne. Stay kat Saigon je. Burn duit hotel kat Mui Ne. Aku booked hotel guna Agoda. Lepas dah lepak kat Park, kitorang balik hotel. Tapi sebelum balik hotel, singgah pasar malam Ben Thant tu dulu. Jalan-jalan shopping lagi. Banyak beli utk orang je, untuk diri sendiri tak beli pape lagi masa tu.
Then dalam 10 lebih kitorang balik hotel. Bagitau receiptionist nak stay lagi 2 malam. Malas dh nak tukar hotel lain, so stay je lah Saigon Pink tu, walaupon biliknya tak berapa puas hati pon.


Shower tak best, perabot lama, pintu nak kunci susah. Tapi malas nak pindahnak cari hotel lain, stay aje lah. Disebabkan bilik tu ada orang masuk keesokannya kitorang kena tukar bilik. Dari standard double ke superior. Harga USD35/night (double), USD30 (single), Aku saja-saja je tanya, boleh ke kalau nak USD30 je. Receiptionist tu bagitau boleh aku  buat payment terus. So dapatlah harga USD60 untuk 2 malam.

End of Day 1.

Tips:
1. Dari airport nak ke City boleh naik bas atau teksi. Bas 5000VND/person. Kalau ada luggage
dia akan charge 10000VND. Make sure bagi duit secukupnya sbb kadang-kadang driver tak bagi
balance dah. Teksi naik Vinasun atau MaiLinh shj, yang ni trustworthly.

2. Teknik tawar-menawar dlm Ben Thant mahupun night market tu sgt penting. Kadang-kadang
dorang ni letak harga tak masuk akal langsung. Kalo boleh mintak harga lagi rendah dari
setengah harga yg dia bagi tu. Kalo dia tak bagi, cakap tak nak dan blah je. Kebanyakkannya dia
akan panggil kita balik dan bagi harga yg kita nak tu. Rasa puas hati gila bila kita menang.
KahKah.

3. Prepation tu penting. Sebelum fly tu, buat lah research dulu. Survey-survey apa yg patut. 


4. Travel Insurance - Ni pon penting, just in case ada apa-apa berlaku ke. Accident ke, flight cancel ke, beg hilang ke. Travel Insurance boleh beli utk per trip ataupon per year terus. Beli online then print siap-siap semua. Haritu aku beli AIG. Ada few company yang okay macam AXA, AIA. Beli dari Maybank pon boleh. Lain-lain tak pasti le pulak.


Currency:
MYR,USD dan juga VND.
Depends pada situation.
Kalo hotel ataupon tour biasanya akan guna USD.
Kalo shopping boleh guna Dong atau ringgit.
Makan guna Dong.

Rate aku tukar sehari sebelum bertolak dapat USD 1- MYR 3.63, I juta VND - MYR185. Mahal
betul.