Saturday, August 15, 2015

Bromo, Surabaya 2015

 Dalam pukul 2 pagi tu kitorang sampai area Probolinggo. Lepas tu dah start dah jalan berliku-liku untuk naik atas tu. Walaupon penat tapi aku takleh tido lena pon. Pasang earphone bukak lagu tutup mata tidur-tidur ayam. Lepas sampai kat satu bahagian ni van kitorang dah takboleh naik atas lagi dah. Kitorang kena tukar naik jeep. Disebabkan kitorang sampai awal dari masa yg dorang dah arrage kan, kitorang tunggu dalam setengah jam jugak lah untuk jeep sampai. Sementara tu kitorang sempat lah ke toilet dulu. Keluar dari van je terus rasa sejuk gilaa. Tengok suhu 10 c. Terus semua pakai sweater belit-belit shawl. Aku bawak sweater je. Tapi pakai baju agak tebal lah. Kawan aku lagi sorang lupa nak bawak sweater. Cuma pakai baju selapis lagi lah. Masuk toilet air macam air batu dah sejuk dia.

Then dalam pukul 3 lebih tu, jeep sampai dan kitorang gerak ke Bromo. First stop Penanjakan untuk tengok sunrise. Sunrise pukul 5.40 am, kitorang banyak masa lagi. So supir bawak kitorang tengok perayaan kaum Rengger. Kebetulan masa kitorang pergi tu ada perayaan kaum Rengger Bromo ni. So memang ramai gle lah kat atas tu. Tapi awal-awal nak masuk kat kawasan kuil dorang tu pehh penuh asap. Terpaksa tutup hidung. Dengan sejuknya lagi. Kat atas ni lagi lah sejuk. Dalam 5-10c kotnya. Dia punya sejuk sampai kau bercakap keluar asap. Excited kejap, kahkah. Kitorang tak lama sangat pon dalam kawasan kuil tu, penuh sesak orang. Lepas tu kitorang terus naik jeep utk ke Penanjakan. Sampai Penanjakan dalam 4 lebih kotnya. Nak sampai puncak Penanjakan tu kena jalan kaki sbb jeep takbleh naik dah. Boleh tahan penat lah. Kalau tak larat boleh naik moto. Berapa ntah kena bayar. Sebenarnya ada kawan aku sorang tengah pregnant. Memang betul-betul taugh la. Naik jeep dgn hentakannya, jalannya macam tu. Risau jugak kitorang. Tapi alhamdulillah semua okay. Seksa betul nak tunggu sunrise pukul 5.40 am tu. Kitorang jalan-jalan area situ, naik lagi atas. Sejuk sampai mengigil-gigil dah. Awal-awal sblm sampai puncak tu kitorang beli glove. Rp5000 sepasang. Tanya mafla Rp20 000. Rasa macam mahal so takbeli. beli glove je. Tapi dah sampai atas aku dah tak tahan beli jugak mafla dapat harga Rp 15 000. Lepas tu beli jagung bakar Rp 7000 satu. Makan jagung bakar sambil berdiri depan pembakar dia tu. Dapat rasa haba cket, hihi. Untuk solat Subuh, dun worry sebab kat atas ada pondok boleh solat kt situ. Toilet ada dua tempat. Kt bawah Rp5000, kt atas Rp3000. Toilet pon mahal.


 Sunrise dah muncul. Subhanallah cantik sangat. 
 Bila dah makin cerah, view kat bawah pon makin jelas.


Five of us. Tetiba aku nampak paling rendah padahal aku dgn yana sama tinggi je kot
HAHA

 Credit gambar dari phone Farah, hihi. 
Lawo bebenor gambar ni

Dalam pukul 6 lebih kitorang turun dari Penanjakan, pergi ke tempat seterusnya. Padang Savana.
 Kat sini kalau ikutkan matahari dah tinggi, tapi masih jgk sejuk gle. 
Kena pakai glove jugak kalau tak boleh kebas tangan. 
Lepas Savanna kitorang ke kaki gunung bromo. Kat sini boleh hiking untuk tengok kawah gunung berapi. Tapi kawasan situ penuh dengan debu so semua taknak turun dari jeep. Kitorang tengok dari dalam jeep je. Kalau taknak hiking boleh naik kuda. Bayarannya kalau tak silap Rp100 000. Kuda ni tak termasuk dalam pakej, kalau nak naik bayar asing lah kiranya.

Sebab semua taknak turun dari jeep, so kitorang move to next destination; 
Pasir Berbisik

 Ni lah jeep yang kitorang naik. Kiri tu supir.

 Cantik gle view kat sini.



 Dah macam lukisan je.

Supir sporting tolong amikkan gambar


Gambar lompat tu wajib, hihi.
 Okay lepas dah puas bergambar, kitorang pon turun ke tempat van tu balik. Lepas tu gerak balik ke Surabaya.
 Masa naik gelap tak nampak pape, bila dah turun tengok view...haaa cantiknya.
 Kawasan tanah tinggi memang cantik lah lepas tu penuh dengan ladang-ladang sayur semua.

 
 Dah sampai Surabaya dalam 2 ptg rasanya. Lepas tu kitorang singgah makan. Mintak supir bawak ke restoren padang. Lepas makan supir hantar ke Hotel 88.
 Kali ni book 3 bilik. i chose to stay alone for two nights.
RM589.14 for 3 rooms 2 nights, included breakfast.
Malam tu semua penat, malas dah nk keluar makan. So room servis aje lah, hiks.

 Keesokannya, lepas breakfast kitorang jalan-jalan Surabaya. Pegi Pasar Atom, Pasar Genteng, Plaza Surabaya. Kitorang naik teksi je, teksi Blue Bird. Blue Bird dia guna meter, so takde lah scam-scam ni. Kononnya nak cari souvenir tshirt i love tu tapi sampai sudah tak jumpa. Lepas tu cari money changer semua tutup katanya sebab time tu hari Ahad. Fridge magnet kat airport baru dapat beli.



 Hotel kitorang dekat je dengan Plaza Surabaya, boleh jalan kaki. 


Malam tu lepas balik makan terus pack barang semua sbb esok pagi-pagi nak ke airport. Flight balik pukul 10.30 am. Pukul 6.30 am kitorang turun breakfast, check out lepas tu terus ke airport. Naik teksi hotel. Teksi ni pon guna meter, meter dalam Rp95 000 je tapi kitorang bayar je lah Rp100 000. Driver teksi ni bawak laju gle dalam setengah jam dah sampai airport, hihi. 


 


 Safely arrived at Changi, Terminal 2. 
Tiger Air ni biasa je, aircraft lama tapi leg room dia luas cket dari AirAsia. Lepas tu kan, yg peliknya masa nak take off dgn nak landing ada bau busuk gila. Tak tahu lah bau apa, maybe enjin kot. Nasib baik tak lama sangat. Steward dia dua-dua tu muda sgt, macam budak lepas SPM.hihi.   

Sampai Changi kitorang naik direct bus Changi- JB Sentral. Harga SGD 10 per pax. Mahal. Bus Transtar. Driver dia pon agak rude, peh. Lenkali taknak naik dah bas ni. Baik naik MRT je.


p/s: next year conference ni kat phuket plak. kalau sv bagi so boleh pi phuket next year, hihi.


Surabaya 2015


Hello,its been awhile huh? Makin lama makin liat nak update. Biasa lah, busy. hiks. Rasanya lah kan, tahun ni paling banyak cop kat passport tu. Tahun ni ke Vietnam, Singapore, Indonesia, Korea next month, insyaallah. Korea tu last trip untuk tahun ni. Lepas tu bertapa fokus dengan research. First assesment hujung tahun ni, berdebooor. Draft thesis pon belom siap. 

Okay sebenarnya trip ni conference trip, my first conference experience actually. Sebelum ni submit paper tapi tak pergi present pon. Kali ni pergi present. Well, okay lah kot. Next time boleh pergi conference lain pulak, hiks. Kitorang pergi berlima. Aku punya research group members empat orang, then sorang husband group member, sebagai bodyguard. Semua persiapan aku yang uruskan, booking flight ticket cari hotel cari supir etc etc. Dengan budget yang kitorang dapat, aku pilih untuk ambil flight dari Singapore direct ke Surabaya which is cheeper compared with JHB-SUB and KUL-SUB. Flight ticket RM481 per pax. Pergi dengan Jetstar, balik dengan Tiger Air. Our first experience with both airlines.

 Flight SIN-SUB pukul 11.10 am, kitorang gerak dari UTM dalam 3.45 am. Pergi Larkin, naik bas tukar-tukar bas kat Immigration tu, peh seksa betul. Awal pagi dalam 5 pagi 6 pagi tu berjutaaaaa manusia nak masuk Singapore. Dengan jem nya lagi. Sampai Changi Airport pukul dalam pukul 10 pagi. Kitorang naik MRT, tak naik direct bas JB-Changi. Dan Alhamdulillah flight delay pukul 1.30 pm! Berkejar-kejar jugak lah. Sampai airport kena naik tren lagi sekali untuk ke Terminal 1. Kalau flight tak delay memang kitorang tak boleh nak drop luggage dah (pre-booked baggage 20kg). Semua kena angkut bawak naik.

Flight depart 1.30 pm, landing dalam pukul 4 camtu. 
Indonesia sejam awal.
Flight dalam 2 jam lebih 
 
Smooth je captain Jetstar ni landing,tak rasa sangat pon.


 Safely arrived at Juanda International Airport, Surabaya.

Sampai Juanda airport, kitorang ambil teksi airport untuk ke hotel. Harga Rp125000 je, Avanza/Kijang. So boleh angkut semua 5 orang sekaligus. Kitorang stay Everbright Hotel. Pilih hotel ni sebab paling dekat dengan Swiss-Belinn Hotel, tempat conference. Nak duk Swiss-Belinn tu mahal sangat. Everbright dgn Swiss-Belinn tu jalan kaki 5 minit je kot. Stay untuk 2 malam kt sini. Airprt ke hotel dekat sejam jgk tu. Sampai hotel check in rehat-rehat dulu mandi solat semua lepas tu malam kitorang keluar untuk sesi jalan-jalan cari makan. 

Everbright ni 3 stars hotel. Bilik besar okay lah jugak. Kitorang ambil 2 bilik je. 3-2. Katil king size, muat je kongsi 3 orang, hihi.
Harga Rp 1 474 000 untuk 2 bilik 2 malam.
Bilik okay je, staf okay, banyak tempat makan tp kena seberang jalan.

 Apa guna pergi Indonesia kalau tak minum Alpukat kan, hihi.
Sedap-sedap.

Tapi kan, malam tu kitorang semua tak tido betul-betul pon. Memasing baru nak study, baru nak buat slide presentation. Lepas balik makan dalam tu dah agak lewat, lepas tu rehat kejap then baru bukak laptop untuk buat kerja. Tapi baru buat 2,3 slides dah tertidur. Malam tu tertidur dengan lampu terbukak sebab semua tertidur kepenatan. Lepas tu bangun lagi pukul 4 pagi sambung buat kerja.

Pukul 8.30 am baru kitorang gerak ke Swiss-Belinn. Register semua, check masa presentation. Haritu kat emel, antara kitorang berempat aku first presenter, ni check aku presenter ke dua antara kitorang, hiks. Supervisor (Co-SV) aku jadi keynote speeker untuk conference ni. Prof dah sampai sehari awal dari kitorang semua.

 Ni view dari Swiss-Belinn sebenarnya, sementara nk tunggu masa untuk presentation. 

 
 Bergambar dgn banner conference. Ni sebelum presentation.

Overall, conference ni bagus lah untuk tambah ilmu, jumpa orang-orang hebat dalam bidang machining manufacturing technology. Its a good experience. Dalam bilik kitorang present tu, kitorang berempat je student kotnya dan kitorang berempat je perempuan (MC tak kira). Lain yang present semua hebat-hebat lecturer, Prof. Dr. Kitorang je nampak bebudak sangat, kahkah. 

Tea break, sedap hoi pisang cheese tu. Nyesal ambik satu je. 
Nak gi tambah lagi tengok dah habis, haha. 

Masa tengah tea break tu, ada lah sembang-sembang dengan committee conference; Dr Mus. Dia tanya pergi Bromo tak. Kitorang cakap nak pergi tapi tak dapat supir lagi. Aku ada contact few supir untuk deals harga pakej sunrise bromo. Then, dia bagi nombor Pak Agus. Aku whatssapp Pak Agus tanya harga untuk pergi malam tu terus. Dia bagi harga Rp700 000/pax all in. Supir sblm tu aku contact lagi mahal dari Pak Agus. Walaupon aku rasa Rp700 000 tu mahal jgk sebenarnya, tapi bila dah bincang dgn diorang dan semua okay je so on je lah. Petang tu Pak Agus datang ke Swiss Belinn untuk ambil deposit. Awal-awalnya macam was-was jugak, betul ke ni boleh percaya ke. Kang dah ambil deposit malam ni tak datang ambil kitorang kt hotel. Tapi okay je, Pak Agus dh sebelum ni pernah serve Dr Mus jgk. Pak Agus bagi contact pekerja dia yang akan jadi supir kitorang malam tu. Janji pukul 10.30 pm dia akan jemput kitorang kat hotel.

 Tapi malam nya tu, 9.47 pm supir kitorang, Mustakim dah message aku bagitau dia dah sampai hotel. Memasing belum bersiap lagi. Aku tengah rilex lagi rehat-rehat. Kelam kabut jugak. Kahkah. Tapi okay je dia cakap kita gerak 10.30 pm.
 Lepas dah siap, kitorang check out terus bawak semua barang sebab esoknya nak check in hotel lain.

 
On the way ke Bromo. Pasar malam diorang. Jual sayur borong macam tu je. Banyak gle. Pak mustakim bagitau pasar ni sampai 2,3 pagi. 
Gerak dari Surabaya pukul 10.30 pm, kitorang sampai Probolinggo dalam pukul 1 lebih pagi.