Sunday, October 4, 2015

Seoul - Nami Islan, Namdaemun Market, Dongdaemun.

Kali ni post untuk hari ke-4 dan 5 terus.
Hari ke empat tu pergi Nami Island. Namsan GH tu ada breakfast tapi tak makan pon. Breakfast benda ringan je roti choc bawak dari Malaysia. Untuk ke Nami Island ada banyak option, boleh naik tren (subway biasa/ITX) atau bas. Aku ambil tren. Dari Myeongdong Stn ke Cheongnyamni Stn untuk tukar ITX. Sebenarnya ada je tren biasa ke Gapyeong ni. Tapi hari tu masa nak tukar line kat Cheongnyamni Stn tu ternampak ITX, amik je lah ITX terus. Yang ni tiket beli asing. W4000. Jauh jugak lah nak sampai Gapyeong Stn ni. Sejam kot, lupa dah. Sampai Gapyeong Stn ada few option untuk ke Nami Island. Ambil Gapyeong Tour Bus ataupon ambik teksi je. Kalau nak pergi semua tempat (Nami Island, Petite France, Garden of Morning Calm), better ambik Gapyeong Tour Bus. W5000 tiket, tapi nanti nak masuk tempat-tempat tu ticket asing ye. Kalau nak pergi Nami Island je, boleh naik teksi. Harga teksi W3000 dari Gapyeong Stn ke Ferry. Tiket nak masuk Nami W8000 include sekali dgn return ferry. Dah beli tiket beratur boleh tahan lama jugak untuk naik ferry sebab ramai orang.


 
Entrance untuk ke terminal ferry. Beli tiket belah kanan tu.

 
Ferry kejap je. Dalam 5 minit je kot sampai Nami Island.

  
Kat sini pon aku kejap je. Kalau nak sewa basikal pon boleh.

 Bila petang tu lepas balik dari Nami Island, seperti biasa ke Itaewon untuk solat kat masjid dan makan. Tapi kali ni makan kat Eid Restaurant. Eid ni famous betul kat Malaysia, mungkin salah satu sebabnya anak owner dia ni handsome gle, Saad nama dia. Eid ni depan sikit dari Makan Restaurant tu. Family Saad ni peluk Islam, abang dia ada belajar dekat UIA. Tapi masa aku pergi tu, dalam pukul 6 lebih, Saad takde. Ada mak dengan ayah dia je, haha. Ayah dia peramah betul. Diorang punya servis bagus lah. Kali ni aku order bulgogi. Sedap. Takde gambar pon sebab segan dengan bapak Saad tu nak ambik gambar. hihi. Sebab time tu takde orang lain pon.

Lepas habis makan, aku ke Namdaemun Market, turun kat Namdaemun Stn. Tapi bila aku pergi tu market dia kebanyakkannya dah tutup. Ronda sekejap area situ pastu aku ke Dongdaemun. Kat sini pon tak lama, beli souvenir yang dekat dengan Doota tu. Souvenir pon beli sikit sangat. Buat syarat je.



 
Dongdaemun
Lepas dah beli barang terus balik. Kat Myeongdong tu ada jalan kejap, beli baju selai. W10 000. Kalau nak beli barang-barang mekap Nature Republic Face shop semua tu area sini banyak gle. Ioss tak beli pong. Lepas tu terus balik GH. 

Perbelanjaan hari keempat
Air + mentos : W2900
Souvenir : W31 000
Makan : W10 000
Baju : W10 000
Stokin : W3000
Nami Island : W3800 + W8000 +W3000
ITX : W8000

Total = W79700

Ke esokannya dalam pukul 10 lebih check out GH.
Last coffee di Seoul, hiks.

 Ni jalan ke Namsan GH. Rindu pulak tempat ni. 

Ambik tren ke airport. Dari Myeongdong ke Seoul Station untuk railway line. Yang ni kena make sure betul-betul naik line biasa ataupon express line. Kalau nak cepat boleh ambik express, kalau nak jimat boleh ambik all stop tren tu. Sampai airport dalam pukul 12 lebih. Flight pukul 3.30 pm, counter AirAsia X bukak pukul 1.30 pm. Disebabkan tak familiar dengan ICN ni so boleh tahan lah masa nak cari kaunter AA tu.


 Selfie sementara tunggu counter bukak. Hiks.

 Masa nak tunggu counter AirAsia X bukak tu lah baru nak rasa Banana Uyu ni. Ada 2. Satu aku bagi kat budak korean. Tapi minum tak habis pon. Sedap tapi taknak minum banyak sebab nanti malas nak pi toilet banyak kali. Sebab ada 2 botol air time tu.

ICN ni besar, nak ke gate pon kena naik tren. So make sure datang awal lah ke airport kalau taknak tertinggal flight.

 
Kat ICN dorang akan bagi boarding pass baru walaupon dah print boarding pass sendiri.
As usual, window seat.
Rasa tak puas hati sebab kejap sangat. Sebenarnya aku ada 3 full days je untuk jalan-jalan so banyak yg tak sempat nak cover sebab tak cukup masa. So next time kalau ada rezeki dan tiket murah nak ke Korea lagi, hihi. Aku suka je sini. Alhamdulillah no bad experience pon walaupon berjalan sorang-sorang. Takde pon terserempak dengan orang mabuk jalan terhuyung-hayang ke. 


 Perbelanjaan hari kelima 
Orange juice kat airport : W6000

Total = W6000


Grand Total . 

Expenses 5D4N = W225 400 = RM845.25
Flight ticket = RM822
Kak Long GH = W40 000 = RM140.50 (different currency rate)
Travel Insurance = RM26.50

= = RM1834.25.

Preparations/Tips and Tricks:
1. Ofcoz beli tiket, aku beli tahun lepas promo RM794, then add on nasi lemak dgn nasi ayam, seat selection utk first sector nak tepi tingkap punya pasal, total RM822 (agak mahal jgk sbnrnya)
2. Book accomodation, harga hotel kat Seoul ni memang mahal so better choice pilih guesthouse sajo. 2 malam di Kaklong GH (W40000), 2 malam di Namsan GH (W54000).
3. Study; baca blog post orang yg dah pergi sana, join group fb (BBM,MBC,FBC), study semua benda lah (maps, suhu, transportation, cost etc etc)
4. Print segala coupon voucher - boleh download di website KTO
5. Install app 'Subway' by Malang. Sangat penting app ni. Sebab nanti senang bila nak naik subway, insyaallah tak sesat.
6. Travel insurance - AXA affin.
7. Itenerary- Plan lah dgn sebaiknya nak pergi mana hari tu, naik apa, berapa kos, entrance fee etc etc.
8. Tukar duit - haritu tukar 300000 won, RM1125 (rate W1000-RM3.75)
9. Terbang!

10. Pergi memana pon, jaga lah solat. Masa nak pergi tu solat sunat musafir 2 rakaat then tawakkal insyaallah takde pape. Sentiasa alert dgn sekeliling dan yang penting sentiasa confident. Live like locals, hiks. 

Seoul - Gyeongbukgung Palace, National Folk Museum, Namsan Tower

Third day!


Hari ketiga aku tukar GH, pindah ke Namsan GH di Myeongdong. Pilih GH ni sebab dekat nak pergi memana. Namsan GH ni ada 5, aku stay di Namsan 4. Dari Itaewon nak ke Myeongdong, Itaewon - Samgakji (tukar line 4) - Myeongdong. Tak jauh pon. Sampai Myeongdong Stn, keluar kat Exit 3 cari Pacific hotel, jalan straight belah kanan (heading to Namsan Cable Car), GH belah kiri. Area sini pon kawasan berbukit. Lepas settle check in semua simpan bag dan terus keluar. Nasib baik boleh check in awal, time tu tak ramai orang pon.

 Rooftop view from my GH in Itaewon.
Last sebelum tinggalkan GH ni naik kat rooftop tangkap gambar. 

Plan aku nak jelajah palace lagi hari ni. Dari Myeongdong Stn pergi ke Gwanghwanamun Stn, Exit 2, jalan sikit dan lintas jalan untuk ke Gwanghwanamun Plaza. Kat sini ada King Sojung Statue dan juga Admiral Statue. Kalau time weekend selalunya ada event kat sini. Time aku sampai kebetulan ada even. Jalan-jalan area situ kejap then terus ke Gyeongbokgung Palace. Sempat beli Americano kat sini, W2000 je. 

 King Sojung Statue

 Gwanghwanamun Plaza

 
Admiral Statue

Palace entrance. Nak ke palace ni kena lintas jalan.

 
Elok-elok je sampai je upacara guard changing ceremony ni baru nak start. 

 
 Entrance fee, boleh pilih sama ada nak amik single palace ataupon combine ticket 4 palaces. Kalu amik single palace W3000 kalau amik combine W10000. Aku ambik yang combine ticket. 

 Gyeongbukgung Palace ni kira main palace lah. Besar jugak kawasan sini.

Masuk-masuk je rasa excited, terus teringat cite Moon Embrace the Sun. Hiks.


Kat sini macam crowded sikit, kalau kat Suwon tenang takde orang sangat. Tak sampai sejam pon spent masa kat sini. Lepas tu keluar pergi ke National Folk Museum. Free entrance. 

 Jalan-jalan kejap kat area sini, pastu keluar masuk palace balik.

 Pergi kawasan yang jauh sikit. Tak ingat lah nama apa area sini tapi cantik lah.

Dan sesungguhnya aku sangat lapar. Ini je lunch untuk hari tu.
Americano + Snickers


 
Jalan-jalan area sini, boleh sampai ke Angguk Stn. Mau tercabut dah kaki rasanya. Lepas tu patah balik ke Gwanghawanamun Plaza. Kat satu area Exit subway tu ada satu booth boleh try pakai Hanbok, free of charge. Cumanya kena tunggu lama sikit lah, queue panjang.

Then, ambik tren ke Dongdaemun Plaza and Culture Park Stn (takde tukar line) untuk ke Dongdaemun Design Plaza (DDP). DDP ni famous sebab dia punya design bangunan tu cantik.

DDP

 

  
Kebetulan time aku pergi pon ada event kat sini.
 
Bila keluar dari station ni, lintas jalan belah sana tu ada nampal Doota. Kat sini kalau nak beli souvenir ada yang murah, kat tingkat 6. Nama kedai Arirang. Sebelah Doota tu jalan sikit boleh ke Dongdaemun Stn.


Seterusnya, aku ke Ehwa Womans University. Kat sini famous dgn street shopping

 
 Dekat Ehwa Womans Univ Stn, Masa nak pilih exit follow aje yang ke Ehwa. Tak ingat Exit no berapa.

 


 Kat sini ada berkenan dengan satu cap ni, tapi tak tahu lah kenapa aku berkira/kedekut
sangat. Tak beli pong. Lepas balik baru nyesal, kahkah.


 Ehwa ni cantik lah, pastu ramai sangat orang. Boleh masuk area campus tengok U diorang. Jauh beza eh dengan UTM ni. 

Bila dah lewat petang, aku ke Itaewon cari makan. Makan tempat yang sama dengan semalam. Sanggup tu datang Itaewon untuk makan. Tapi sebelum tu ke masjid dulu untuk solat jamak takhir.

 
Grilled fish. Sedap gle!
Aku lagi suka yang ni dari squid semalam tu.

 
Lepas habis makan aku pon balik ke Myeongdong semula. Tengok Namsan Tower tu, then fikir pergi je lah harini, takut nanti tak sempat plak. So pergi lah malam tu jugak. Dah lah kaki penat gle seharian berjalan, pastu naik bukit plak ke Cable Car dia tu. Ada option naik sampai atas, tapi tak larat aih balik naik dengan cable car je.

 Harga return ticket W8500.
Beratur panjang gleeeee. Ada lah beberapa kali fikir nak balik je tapi camane ntah boleh stay jugak. Dalam sejam lebih beratur okay!

 
Namsan Tower. Guna kamera HP je so gambar malam tak cantik pong.

 
 Kat sini boleh nampak Seoul view ni. Cantik lah jugak.

Tapi naik time malam-malam ni memang penuh dengan couple lah. Lagi-lagi kat tempat mangga tu.Time ni dah pukul 9 lebih camtu. Yang pastinya aku stay kejap je, dalam 5-10 minit je lepastu turun beratur untuk cable car turun plak. Ada lah dalam setengah jam. 

Perbelanjaan hari ketiga.
Bayar Namsan GH : W48 000 (Booked dgn Booking.com, bayar cash masa check in)
Combine Ticket 4 palaces : W10 000
Americano : W2000
Mineral water :W1000
Topup T-Money : W10 000
Makan : W8000
Cable Car : W8500

Total : W87 000.

Seoul - Hwaseong Fortress, Suwon

Seoul aku datang! Hiks.

Alhamdulillah dah selamat pergi dan balik trip ke Seoul ni. Trip ni 3 minggu lepas balik dari Kuching. Berjalan je kerjanya dalam masa sebulan dua ni. Tiket dah beli tahun lepas, self reward kononnya sebab beli tiket hasil dari duit claim publish journal IF. Alhamdulillah. Ni trip solo kedua tapi first  solo untuk oversea. Dedulu solo kat Kuching je, tahun 2013. Slow-slow buat preparation, study betul-betul, plan itenerary semua.

Hujan lebat.

 Ambil flight dari JHB-KUL malam sampai KLIA2 pukul 11 macam tu. So malam tu tido kat airport sajo. Risau jugak sebab first time nak tido kat airport ni. Tapi okay je walaupon dah lewat tp airport tu ramai je orang. Aku pi tidur surau kat aras 2, ramai je yg tido situ. Flight pukul 8.00 am, soknya tu pukul 5 lebih aku dah ke  departure hall, lepas settle document check immigration semua 6 lebih masuk surau untuk solat subuh. Then terus ke gate, punya lah jauh aih jalan. Masa tengah tunggu boarding tu hujan pastu kilat guruh kuat gle. Debor jugak tengok cuaca macam tu. Dah masuk dalam kapal tu flight delayed lama jugak lah, hujan lebat sgt.  Traffic jem kejap kat runaway hihi. Tapi yang bestnya flight tak full! Banyak gila seat kosong. 3 rows depan dan 3 rows belakang semua kosong. Sebab aku pilih seat bahagian tengah-tengah. Yang bahagian depan dan belakang ramai je. Apalagi, conquer lah semua seat, baring! HAHA. Best gle wooo seat kosong, first time kot. Tak ramai yg pilih flight pagi maybe sebab taknak rugi masa, baik pilih flight tengah malam so sampai esok pagi. Kalau flight pagi sampai petang, dah rugi tak boleh jalan dah untuk hari tu. 

 
 Takde keje. Tunggu kapal lambat sangat nak depart.

KUL-ICN dalam 6 jam 20 minit macam tu. Dalam flight tak tidur sangat pon, kejap-kejap je. IFE takde so membaca lah kita. HP save bateri. Siap boleh baca journal lagi. Sekarang pegi memana pon mesti nak kena bawak paper, nak study kononnya. Takde lah rasa bersalah sangat kan. Sampai ICN dalam pukul 4 ptg macam tu,  excited tengok healthy blue sky almaklumlah Malaysia jerebu tak habis-habis lagi. Tapi excited lagi bila tengok bumi Korea, HAHA. Sampai Incheon bila keluar kat arrival hall tu tengok ramai plak orang nunggu siap kamera, kamera tv semua. Ada apa ntah. Pastu terus masuk convenience store untuk beli T-money. Harga T-Money W2500 topup sekali W25000. Lepas tu ambik tren untuk ke Itaewon. Ambil tren biasa (Airport railway, Arex) je bukan Express. Express direct terus ke Seoul Station, mahal cket lah. Kena tukar line sekali, tukar line 6 kat Geongdok pastu terus berhenti kat Itaewon Stn. Nak tukar line dia mak aih jauhnya kena jalan. Kat airport pon satu hal, jauh gak kena jalan tapi kagum kejap iolss dgn ICN. Besar dan cantik. Untuk memudahkan kita tengok route subway, jangan lupa install app 'Subway' by Malang. Colour kuning. Complete semua maps subway route, in English. Senang.

 
 Safely landed.

  
ICN. Excited betul bila dah landed.

Perjalanan dari airport ke Itaewon sejam lebih. Sampai Itaewon dah gelap masa tu, 7 lebih rasanya. Nak mencari GH lagi, dah ada direction semua tapi  a bit worried jugak lah. First day sorang-sorang malam plak tu. Itaewon ni kawasan berbukit. Mencabar jugak lah nak mencari GH. Ada lah cket sesat sebab tersalah masuk lorong, bahaha. Sampai kat rumah tu tengok gelap gelita. Risau kejap, tengok alamat dah betul. Lepas tu text owner bagitau dah sampai, rumah gelap takde orang. Then owner bagi password rumah, katanya takboleh nak welcome sbb dia kerja. Aku okey je asalkan dah selamat sampai dan boleh masuk rumah nak berehat sbb penat gila. Pastu tanya takde orang lain ke kat rumah, takut gak kalau kena duk sorang-sorang dalam satu rumah tu. Katanya ada lagi 6 orang maybe belom balik la tu, semua perempuan, orang malaysia. Kaklong GH tu ada 3 bilik, 1 bilik 4 orang dan 2 bilik 2 orang. Dalam 2 malam tu aku dok sorang-sorang je kat bilik tu. Tengah-tengah rehat hilangkan penat sambil tengok tv lepas tu group 4 orang ni balik. Berkenal-kenalan dgn diorang. Dorang student belajar kat UK tengah summer break. Umur baru 21 tahun semua. Lepas tu lagi dua orang balik, kerja nurse umur 23 tahun. Jadi lah kakak skjp hehe. Kat Kaklong GH ni semua benda disediakan, nak iron baju ke nak basuh baju ke, nak masak pon boleh. Selesa lah stay sini. 

Malam tu aku keluar cari makan, tak makan pape lagi lepas makan nasi lemak pak nasir dalam flight. So keluar cari kedai halal. Jalan dekat-dekat je sebab dah penat dan malas. Jumpa kedai kebab beli je lah kebab w5000 satu. Pastu masuk supermarket beli buah, air mineral. Nampak banana uyu ada promotion, beli 4 w2910 je. Murah gle tu sebab satu je dah W1200. Ramai duk cakap banana uyu tu sedap. Walaupon aku tak minum susu tapi aku beli jugak 4 (2 tinggal dalam peti ais kaklong, 1 bagi kat budak masa kt airport, lagi 1 aku minum tak sampai setengah masa tunggu flight nak balik malaysia, kahkah). Tapi memang sedap weyy. Lepas settle semua terus balik GH makan sambil tengok tv. Makan kebab tak habis. Kat Malaysia pon aku bukannya suka kebab. Korek buang isinya makan kulit aje boleh lah.  Ok tu je untuk hari pertama. 

Perbelanjaan untuk hari pertama:
T-Money + Topup = W2500 + W25 000 
Kebab = W5000
Banana Uyu + Anggur + Air Mineral = W6410
Total = W38 910.
 
Hari kedua, plan aku ke Suwon. Suwon ni terkenal dgn Hwaseong Fortress, UNESCO world heritage site. Pagi tu sebelum keluar aku breakfast milo dgn megi cup dulu (takde lah pagi sangat pon sbb lepas Subuh tidoo balik, hiks). Nak ke Suwon ni, dari Itaewon Stn (line 6) - Samgakji Stn (tukar line 4) -  Geumjeong Stn (tukar line 1)-Suwon. Sejam lebih jugak lah baru sampai Suwon. Follow je app 'Subway Korea' tu, insyaallah tak sesat. Cuma nak tukar line tu lah mencabar cket sebab jauh gle kena jalan tapi tak susah pon sebab ada direction dalam English. Sampai Suwon Stn, keluar kat Exit 5 dan terus cari Tourist Information Center. Dia ada kat bahagian luar sikit.  Kebetulan masa sampai kat center tu, ada group dari Thailand. Dorang pon nak ke hwaseong fortress ni. Officer kat situ akan explain in English, dia akan bagi map dan juga no bas. Tunggu bas kat bus stop betul-betul depan info center ni. 

Nampak Paldalmun ni, turun dari bas. Bas akan berhenti area Paldalmun Market. 
Dalam bas kat Suwon ada free wifi.

Untuk first stop, aku nak ke Paldalmun (south) gate. Gates lain Janganmun (north), Changyongmun (east), Hwaseonmun (west). Banyak bas boleh naik (kertas no bas yg officer tu bagi dah hilang mana ntah, hiks), aku naik bas No 13. Follow je lah group Thailand ni. Bus akan stop kat Paldalmun. Sampai sini kita akan jalan kaki untuk ke tempat-tempat dalam peta tu. Hwaseong Fortress ni mmg kawasan yg besar la, so amik masa satu hari utk cover tempat ni. Sampai kat Paldalmun, aku berpisah dgn group Thailand ni. Dorang pergi tempat lain dulu, aku pergi area Seojangdae dulu. Punya lah tinggi naik tempat ni, dua tiga kali jugak lah berenti rehat ambik nafas, bahaha. 

 
Ni lah jalan ke Seojangdae ni. Tinggi gle aih. Rasa macam jalan tiada penghujung je. 



 
Tapi sampai atas, wahhh cantiknyaaa!
Suwon city view.

Tapi aku tak pergi till the end of the road pon, sebabnya jauh sangat dan aku nak pergi tempat lain plak iaitu Hwaseon Hanggung Palace. Masa aku pergi tu entrance fee free je. Turun dari tempat ni, belok kiri jalan dalam 15 minit. Lalu kawasan jalan belakang, cantik plak macam street art.Tempat shooting Jewel in the Palace kat sini la. Excited masuk palace ni. Peminat kdrama lah katakan. kahkah. Ronda-ronda kawasan situ lepas tu terserempak plak dgn group Thai tu. 

Pintu masuk palace. Ada dua orang guard jaga.
 
Dae Jang Deum



 

 

Lama jugak lah spend time kat dalam palace ni. Habis segala ceruk jugak aku jelajah sorang-sorang. Bila penat rehat kejap pastu jalan lagi. Sebenarnya aku tak cover semua tempat pon dalam maps yg dorang bagi. Sebabnya tak cukup masa dan kaki dah penat. Tak sempat nak pergi gates-gates lain. Kalau berminat nak main traditional archery pon ada kat sini, jauh sikit lah dari palace. 



Masa nak balik ke Suwon Stn ni, naik bas tengok je signboard. Kebanyakkan bas memang akan pergi ke Suwon Stn. Boleh tanya pada driver bas jugak utk confirmation. Bayar bas pon guna T-Money ye. Then bila dah petang tu aku balik semula ke Itaewon. 

 
Ke Paldalmun gates. Cari bas nak ke Suwon Stn.

Masa keluar dari Exit subway kat Itaewon Stn tu, ada student Indonesian tegur. Laki. Dia tanya tau tak masjid kat mana. Aku cakap tak tahu baru sampai semalam tak sempat lagi nak ronda-ronda Itaewon. Dah alang-alang aku pon tak tahu masjid kat mana, so aku follow je lah dia cari masjid sama-sama. Dia baru sebulan register kat Sejong Univesity, ambik master. Baru 23 tahun. Dah lah memasing handphone takde internet. Kitorang pergi coffee shop yang ada wifi then google lah. Dapat internet dapatlah google masjid. Sampai masjid kitorang pisah. Dia bagi fb dia suruh add. Central Mosque Itawon ni dari Exit 3 straight je pastu ke kiri pastu ke kanan. Naik bukit boleh tahan jugak lah. 

Pintu gerbang ke Central Mosque Itaewon

Central Mosque

Kat masjid lepas dah solat jamak Asar + Zuhur, rehat kejap. Ada family dari Kelantan, sembang kejap then aku gerak cari kedai makan. Iolss lapar, belom lunch lagi. Padahal dah pukul 6 lebih kot time tu. Target nak cari Eid Restaurant, tapi terjumpa Makan Restaurant. Another halal korean food restaurant. Staf restoren ni Indonesian dua orang. Student. Tukang masak dia Korean. Aku order ojibggo (spicy squid). Kat sini ada 6 side dish.

 Sedap woo. Tapi banyak sangat. Last-last tapau bawak balik, add on satu nasi lagi. Side dish tu 3 je yang aku makan; ikan bilis, seaweed, dengan hujung tepi tu tak tahu lah apa. Rasa macam sedap je. Kimchi rasa sikit je. 

Lepas habis makan sebelum balik GH, ronda-ronda area Itaewon kejap. Itaewon ni memang tempat foreigner. Makanan halal pon banyak. Dan lagi satu, kebanyakan orang yg aku jumpa mesti tanya aku student kat Korea ke? Perempuan bertudung confident jalan sorang-sorang, mesti orang anggap student sana kan. How i wish to lah kan, hihi.

Perbelanjaan hari kedua
Air Fanta Oren = W1300
Makan = W10 000 + W2000 (add on nasi)
Total = W13300