Sunday, October 4, 2015

Seoul - Gyeongbukgung Palace, National Folk Museum, Namsan Tower

Third day!


Hari ketiga aku tukar GH, pindah ke Namsan GH di Myeongdong. Pilih GH ni sebab dekat nak pergi memana. Namsan GH ni ada 5, aku stay di Namsan 4. Dari Itaewon nak ke Myeongdong, Itaewon - Samgakji (tukar line 4) - Myeongdong. Tak jauh pon. Sampai Myeongdong Stn, keluar kat Exit 3 cari Pacific hotel, jalan straight belah kanan (heading to Namsan Cable Car), GH belah kiri. Area sini pon kawasan berbukit. Lepas settle check in semua simpan bag dan terus keluar. Nasib baik boleh check in awal, time tu tak ramai orang pon.

 Rooftop view from my GH in Itaewon.
Last sebelum tinggalkan GH ni naik kat rooftop tangkap gambar. 

Plan aku nak jelajah palace lagi hari ni. Dari Myeongdong Stn pergi ke Gwanghwanamun Stn, Exit 2, jalan sikit dan lintas jalan untuk ke Gwanghwanamun Plaza. Kat sini ada King Sojung Statue dan juga Admiral Statue. Kalau time weekend selalunya ada event kat sini. Time aku sampai kebetulan ada even. Jalan-jalan area situ kejap then terus ke Gyeongbokgung Palace. Sempat beli Americano kat sini, W2000 je. 

 King Sojung Statue

 Gwanghwanamun Plaza

 
Admiral Statue

Palace entrance. Nak ke palace ni kena lintas jalan.

 
Elok-elok je sampai je upacara guard changing ceremony ni baru nak start. 

 
 Entrance fee, boleh pilih sama ada nak amik single palace ataupon combine ticket 4 palaces. Kalu amik single palace W3000 kalau amik combine W10000. Aku ambik yang combine ticket. 

 Gyeongbukgung Palace ni kira main palace lah. Besar jugak kawasan sini.

Masuk-masuk je rasa excited, terus teringat cite Moon Embrace the Sun. Hiks.


Kat sini macam crowded sikit, kalau kat Suwon tenang takde orang sangat. Tak sampai sejam pon spent masa kat sini. Lepas tu keluar pergi ke National Folk Museum. Free entrance. 

 Jalan-jalan kejap kat area sini, pastu keluar masuk palace balik.

 Pergi kawasan yang jauh sikit. Tak ingat lah nama apa area sini tapi cantik lah.

Dan sesungguhnya aku sangat lapar. Ini je lunch untuk hari tu.
Americano + Snickers


 
Jalan-jalan area sini, boleh sampai ke Angguk Stn. Mau tercabut dah kaki rasanya. Lepas tu patah balik ke Gwanghawanamun Plaza. Kat satu area Exit subway tu ada satu booth boleh try pakai Hanbok, free of charge. Cumanya kena tunggu lama sikit lah, queue panjang.

Then, ambik tren ke Dongdaemun Plaza and Culture Park Stn (takde tukar line) untuk ke Dongdaemun Design Plaza (DDP). DDP ni famous sebab dia punya design bangunan tu cantik.

DDP

 

  
Kebetulan time aku pergi pon ada event kat sini.
 
Bila keluar dari station ni, lintas jalan belah sana tu ada nampal Doota. Kat sini kalau nak beli souvenir ada yang murah, kat tingkat 6. Nama kedai Arirang. Sebelah Doota tu jalan sikit boleh ke Dongdaemun Stn.


Seterusnya, aku ke Ehwa Womans University. Kat sini famous dgn street shopping

 
 Dekat Ehwa Womans Univ Stn, Masa nak pilih exit follow aje yang ke Ehwa. Tak ingat Exit no berapa.

 


 Kat sini ada berkenan dengan satu cap ni, tapi tak tahu lah kenapa aku berkira/kedekut
sangat. Tak beli pong. Lepas balik baru nyesal, kahkah.


 Ehwa ni cantik lah, pastu ramai sangat orang. Boleh masuk area campus tengok U diorang. Jauh beza eh dengan UTM ni. 

Bila dah lewat petang, aku ke Itaewon cari makan. Makan tempat yang sama dengan semalam. Sanggup tu datang Itaewon untuk makan. Tapi sebelum tu ke masjid dulu untuk solat jamak takhir.

 
Grilled fish. Sedap gle!
Aku lagi suka yang ni dari squid semalam tu.

 
Lepas habis makan aku pon balik ke Myeongdong semula. Tengok Namsan Tower tu, then fikir pergi je lah harini, takut nanti tak sempat plak. So pergi lah malam tu jugak. Dah lah kaki penat gle seharian berjalan, pastu naik bukit plak ke Cable Car dia tu. Ada option naik sampai atas, tapi tak larat aih balik naik dengan cable car je.

 Harga return ticket W8500.
Beratur panjang gleeeee. Ada lah beberapa kali fikir nak balik je tapi camane ntah boleh stay jugak. Dalam sejam lebih beratur okay!

 
Namsan Tower. Guna kamera HP je so gambar malam tak cantik pong.

 
 Kat sini boleh nampak Seoul view ni. Cantik lah jugak.

Tapi naik time malam-malam ni memang penuh dengan couple lah. Lagi-lagi kat tempat mangga tu.Time ni dah pukul 9 lebih camtu. Yang pastinya aku stay kejap je, dalam 5-10 minit je lepastu turun beratur untuk cable car turun plak. Ada lah dalam setengah jam. 

Perbelanjaan hari ketiga.
Bayar Namsan GH : W48 000 (Booked dgn Booking.com, bayar cash masa check in)
Combine Ticket 4 palaces : W10 000
Americano : W2000
Mineral water :W1000
Topup T-Money : W10 000
Makan : W8000
Cable Car : W8500

Total : W87 000.

No comments: