Sunday, October 4, 2015

Seoul - Nami Islan, Namdaemun Market, Dongdaemun.

Kali ni post untuk hari ke-4 dan 5 terus.
Hari ke empat tu pergi Nami Island. Namsan GH tu ada breakfast tapi tak makan pon. Breakfast benda ringan je roti choc bawak dari Malaysia. Untuk ke Nami Island ada banyak option, boleh naik tren (subway biasa/ITX) atau bas. Aku ambil tren. Dari Myeongdong Stn ke Cheongnyamni Stn untuk tukar ITX. Sebenarnya ada je tren biasa ke Gapyeong ni. Tapi hari tu masa nak tukar line kat Cheongnyamni Stn tu ternampak ITX, amik je lah ITX terus. Yang ni tiket beli asing. W4000. Jauh jugak lah nak sampai Gapyeong Stn ni. Sejam kot, lupa dah. Sampai Gapyeong Stn ada few option untuk ke Nami Island. Ambil Gapyeong Tour Bus ataupon ambik teksi je. Kalau nak pergi semua tempat (Nami Island, Petite France, Garden of Morning Calm), better ambik Gapyeong Tour Bus. W5000 tiket, tapi nanti nak masuk tempat-tempat tu ticket asing ye. Kalau nak pergi Nami Island je, boleh naik teksi. Harga teksi W3000 dari Gapyeong Stn ke Ferry. Tiket nak masuk Nami W8000 include sekali dgn return ferry. Dah beli tiket beratur boleh tahan lama jugak untuk naik ferry sebab ramai orang.


 
Entrance untuk ke terminal ferry. Beli tiket belah kanan tu.

 
Ferry kejap je. Dalam 5 minit je kot sampai Nami Island.

  
Kat sini pon aku kejap je. Kalau nak sewa basikal pon boleh.

 Bila petang tu lepas balik dari Nami Island, seperti biasa ke Itaewon untuk solat kat masjid dan makan. Tapi kali ni makan kat Eid Restaurant. Eid ni famous betul kat Malaysia, mungkin salah satu sebabnya anak owner dia ni handsome gle, Saad nama dia. Eid ni depan sikit dari Makan Restaurant tu. Family Saad ni peluk Islam, abang dia ada belajar dekat UIA. Tapi masa aku pergi tu, dalam pukul 6 lebih, Saad takde. Ada mak dengan ayah dia je, haha. Ayah dia peramah betul. Diorang punya servis bagus lah. Kali ni aku order bulgogi. Sedap. Takde gambar pon sebab segan dengan bapak Saad tu nak ambik gambar. hihi. Sebab time tu takde orang lain pon.

Lepas habis makan, aku ke Namdaemun Market, turun kat Namdaemun Stn. Tapi bila aku pergi tu market dia kebanyakkannya dah tutup. Ronda sekejap area situ pastu aku ke Dongdaemun. Kat sini pon tak lama, beli souvenir yang dekat dengan Doota tu. Souvenir pon beli sikit sangat. Buat syarat je.



 
Dongdaemun
Lepas dah beli barang terus balik. Kat Myeongdong tu ada jalan kejap, beli baju selai. W10 000. Kalau nak beli barang-barang mekap Nature Republic Face shop semua tu area sini banyak gle. Ioss tak beli pong. Lepas tu terus balik GH. 

Perbelanjaan hari keempat
Air + mentos : W2900
Souvenir : W31 000
Makan : W10 000
Baju : W10 000
Stokin : W3000
Nami Island : W3800 + W8000 +W3000
ITX : W8000

Total = W79700

Ke esokannya dalam pukul 10 lebih check out GH.
Last coffee di Seoul, hiks.

 Ni jalan ke Namsan GH. Rindu pulak tempat ni. 

Ambik tren ke airport. Dari Myeongdong ke Seoul Station untuk railway line. Yang ni kena make sure betul-betul naik line biasa ataupon express line. Kalau nak cepat boleh ambik express, kalau nak jimat boleh ambik all stop tren tu. Sampai airport dalam pukul 12 lebih. Flight pukul 3.30 pm, counter AirAsia X bukak pukul 1.30 pm. Disebabkan tak familiar dengan ICN ni so boleh tahan lah masa nak cari kaunter AA tu.


 Selfie sementara tunggu counter bukak. Hiks.

 Masa nak tunggu counter AirAsia X bukak tu lah baru nak rasa Banana Uyu ni. Ada 2. Satu aku bagi kat budak korean. Tapi minum tak habis pon. Sedap tapi taknak minum banyak sebab nanti malas nak pi toilet banyak kali. Sebab ada 2 botol air time tu.

ICN ni besar, nak ke gate pon kena naik tren. So make sure datang awal lah ke airport kalau taknak tertinggal flight.

 
Kat ICN dorang akan bagi boarding pass baru walaupon dah print boarding pass sendiri.
As usual, window seat.
Rasa tak puas hati sebab kejap sangat. Sebenarnya aku ada 3 full days je untuk jalan-jalan so banyak yg tak sempat nak cover sebab tak cukup masa. So next time kalau ada rezeki dan tiket murah nak ke Korea lagi, hihi. Aku suka je sini. Alhamdulillah no bad experience pon walaupon berjalan sorang-sorang. Takde pon terserempak dengan orang mabuk jalan terhuyung-hayang ke. 


 Perbelanjaan hari kelima 
Orange juice kat airport : W6000

Total = W6000


Grand Total . 

Expenses 5D4N = W225 400 = RM845.25
Flight ticket = RM822
Kak Long GH = W40 000 = RM140.50 (different currency rate)
Travel Insurance = RM26.50

= = RM1834.25.

Preparations/Tips and Tricks:
1. Ofcoz beli tiket, aku beli tahun lepas promo RM794, then add on nasi lemak dgn nasi ayam, seat selection utk first sector nak tepi tingkap punya pasal, total RM822 (agak mahal jgk sbnrnya)
2. Book accomodation, harga hotel kat Seoul ni memang mahal so better choice pilih guesthouse sajo. 2 malam di Kaklong GH (W40000), 2 malam di Namsan GH (W54000).
3. Study; baca blog post orang yg dah pergi sana, join group fb (BBM,MBC,FBC), study semua benda lah (maps, suhu, transportation, cost etc etc)
4. Print segala coupon voucher - boleh download di website KTO
5. Install app 'Subway' by Malang. Sangat penting app ni. Sebab nanti senang bila nak naik subway, insyaallah tak sesat.
6. Travel insurance - AXA affin.
7. Itenerary- Plan lah dgn sebaiknya nak pergi mana hari tu, naik apa, berapa kos, entrance fee etc etc.
8. Tukar duit - haritu tukar 300000 won, RM1125 (rate W1000-RM3.75)
9. Terbang!

10. Pergi memana pon, jaga lah solat. Masa nak pergi tu solat sunat musafir 2 rakaat then tawakkal insyaallah takde pape. Sentiasa alert dgn sekeliling dan yang penting sentiasa confident. Live like locals, hiks. 

2 comments:

lemonade said...

SIS PEGI SORANG KER?

cikbelang said...

@lemonade iye. sorang je.