Thursday, April 7, 2016

Kota Kinabalu - Island Hoping


Untuk hari keempat, kitorang ambil pakej island hoping dari group member BBM, k.zaza dan abang ben. RM165 per person. Pakej termasuk return transport hotel jetty, boat, snorkerling 3 islands, guide, lunch dan parasailing. Okay lah puas hati lah jugak. Kalau nak murah boleh cari sendiri pakej dekat jetty jesselton tu. Ada banyak pilihan. 

So pagi tu driver akan jemput kitorang dari hotel bawak pergi jetty. Pulau pertama kitorang pergi Pulau Sapi. Sini ramai orang dan agak crowded. Aktiviti pertama sebelum snorkeling, kitorang buat parasailing dulu. Awal-awal rasa macam tak nak buat pon sebab macam tak berani je, tapi dorang semua nak try so cubalah memberanikan diri jugak. Sebelum ni tengok orang buat kat Langkawi memang dah rasa tak berani nak buat. Dah la nak take off nak landing tu kena lari. Tapi kat sini lain sikit, take off dengan landing tu semua atas bot, ada pelantar. So tak perlu pon fikir kena lari ke. Lagi senang dan lagi selamat. 





Sekali aku dengan wani jadi first pair yang kena start dulu. Cuak jugak lah woi. Tapi bila dah sampai atas tu, wah bestnyaaaa. Serius best. Lama jugak lah dia bawak ronda-ronda. Sebelum take off tu dah cakap kat dorang taknak kena rendam dalam air. Sebab kalau yg extreme tu, dorang akan rendam dalam air. Nasib kitorang tak kena rendam. Sari dengan Yani yang kedua. Dorang kena rendam air walaupon dh bagitau taknak kena rendam. Bahahha. Apis buat solo. Dia pon kena rendam kalau tak silap. Sebab dia orang terakhir buat, so rasa macam dia punya masa tu macam sekejap je. Kitorang yang first ni yang paling lama. Tapi dugaan jugak lah kalau yang jenis mabuk laut. Dok dalam bot lama-lama sape yang tak tahan tu memang akan termuntah, time ni sari dengan wani yang muntah bahahha. 

Dah habis parasailing, baru kitorang start snorkerling. Time snorkeling kitorang ada guide. Abg apa ntah nama dia, adik ipar Abg Ben. Dia akan jaga kita so safety kita akan terjaga. Kat Sapi ni ikan takde sangat pon, cuma corals je lah yang cantik. Bila dah tengahari tu kitorang naik untuk lunch. Buffet lunch, tapi kena beratur awal-awal lah kalau tak mesti makanan habis sebab ramai orang kan. Bila nak pergi ambik makanan untuk second round tengok semua dah habis. Huhu. Makanan semua sedap. Ada nasi, bihun goreng, ikan bakar, kambing bakar, chicken wing, udang, ketam, sosej, satay, buah semua ambik kecuali sayur taugeh. 

Sapi Island

Lunch

Lepas dah habis makan, kitorang move to the next island. Time ni Abg Ben tanya nak pergi Pulau Mamutik atau Pulau Suluk. Pulau Suluk tu deserted island takde orang langsung. So kitorang pilih Pulau Suluk. Sambung snorkerling kat situ plak. Abg Ben bawak PRC tourist ke fishing trip so adik ipar dia yang jaga kitorang masa snorkeling tu. Pulau Suluk tu memang takde orang langsung dan jugak ikan pon takde. Yang banyak rumpai laut je bahahha. Tapi syok je main-main air berenang kat situ. Dah dok deserted island lepas tu mula lah terbayang Law of the Jungle. Bahahha. Lama jugak lah berendam dalam air tu. Yani sorang je yang tak masuk air. Wani masuk kejap je. Kitorang bertiga yang main air betol-betol ni. Best kot. 

Air keruh. 


Hiks.

Dan akhir sekali, kitorang ke Pulau Manukan. Kat sini paling best. Naik bot sampai tengah sikit lepas tu terjun masuk air. Nasib baik pakai life jacket sebab memang tak jejak kaki, dalam. Kitorang bertiga je yang terjun time ni dengan Abg Ben sekali. Dia bawak kitorang pergi tempat ikan nemo. Wani dengan Yani dok kat pantai tunggu kitorang. Time dorang nak turun dari bot nak ke pantai tu boleh terjatuh masuk air. Bahaha tetiba ombak kuat pastu dorang terlanggar bot. Okay lah tu, atleast basah lah jugak baju Yani. Kalau tak memang tak basah langsung. Habis beg jatuh dalam air dan handphone Apis rosak masuk air. HAHAHA. 

Finding Nemo, hiks.
Sebenarnya ada baby Nemo jugak time ni. Kecik je ada kat belakang ibu dia tu. 

Abg Ben yg jumpa starfish kaler biru dengan gamat tu. 

Lepas dah tengok Nemo tu, kitorang slow-slow berenang ke pantai. Jauh jugak lah dalam 1km lebih kot. Tengok ikan tengok corals yang cantik tu serius best dan puas hati. 





Sesi island hoping kitorang habis dalam pukul 5 camtu kot. Lupa dah. 

Malam tu kitorang makan seafood di Dataran Todak. Segala jenis seafood ada. Ofcoz harganya jauh beza dengan semenanjung. Kitorang ambik sotong ketam udang 2 jenis dengan rumpai laut ke ape ntah. Tapi tak puas hati sangat pon makan malam tu sebab tetiba boleh sakit perut time tengah makan. Apa ntah yang salah makan. Nasib baik ada toilet yang okay sebelah dataran tu. Bahaha.

Hari terakhir kitorang pergi Pasar Pilipin sebab dorang nak beli souvenir. Kononnya tak nak beli pape dah sebab time pergi 2014 dulu dah beli t-shirt sorang selai utk family, gelang pon dah beli. Tapi terbeli jugak brooch 3 ketol dengan seketol FM. Kat sini Sari belanja satu gelang. TQ awok belanja sy gelang, hiks. Tapi sebelum tu hantar Wani ke airport dulu sebab flight dia awal dalam pukul 10 lebih ke 11 lebih camtu. Beli tiket asing-asing haritu kan so dia balik JB dulu. Kitorang berempat flight petang. Masa kat airport hantar Wani tu sempat iols masuk kedai buku kjp. Niat di hati nak cari buku Cathy Glass, Girl Alone tapi tadop. Terbeli lah buku Jean Sasson, Love in a Torn Land. Bila dah habis shopping kat Pasar Pilipin tu, kitorang berempat masuk Suria Sabah untuk lunch. Kat sini jumpa Popular. Masuk Popular akhirnya jumpa buku Cathy Glass, Yeay Yeay!! Dah berbulan-bulan iols cari tau. MPH Taman U dah lama takde buku Cathy Glass. 


Yeay happy betol jumpa Girl Alone. Disebabkan iols peminat setia Cathy Glass so semua buku dia nak beli. Setakat ni dah ada 11 bijik (kat rumah ada 6, kat asrama ada 4, 1 lagi "The night the Angels came" orang pinjam tahun 2012 tak kasi balik, sedih kita) 

Dan sekarang, im looking for "The Silent Cry" 
Hiks.

Eh? KBye.

Secara keseluruhannya, im happy with the trip. Korang jom next trip?

No comments: