Thursday, April 7, 2016

Sabah Feb 2016 - Tip of Borneo

Sabah third day!

Lama benor nak sambung story, hiks. Banyak benda yang dah lupa pada hari kejadian tu. Bahahaha.
So third day, bangun pagi tu seingat aku lah Yani sorang je yang mandi. Orang lain tak sanggup nak mandi dengan air sejuk macam air batu pepagi buta tu. Dalam pukul 7 lebih kitorang check out dan gerak ke Pekan Kundasang untuk cari breakfast, Pagi tu cuaca tak cantik, hujan dan berkabus so memang tak nampak langsung gunung Kinabalu. Sedih weols tak nampak gunung untuk kali terakhir. Lepas dah beli breakfast kitorang gerak ke Kudat. Plan hari tu nak ke Tip of Borneo, Kudat, the northenmost tip of Borneo island. The southernmost tip of mainland Asia (Tanjung Piai, Pontian) dah sampai so nak try lah jugak ke sini pulak. Sepatutnya perjalanan dari Kundasang-Kudat makan masa dalam 3 jam lebih camtu, tapi disebabkan ada drama kejap dalam perjalanan tu so dalam pukul 2 lebih baru lah kitorang sampai Tip of Borneo.


Sebelum turun dari Kundasang, singgah kt Kinabalu Pine Resort kejap utk bergambo.
Hiks.
Then, off we go!

Dari Kundasang nak ke Kudat, boleh ambil jalan simpang ke kanan (selepas Pekan Nabalu), bypass ke Kota Belud escaping Tamparuli. Jalan Kundasang-Kota Belud ni kecik je sunyi lepastu ada jalan rosak. On the way ke Kota Belud ni lah drama kitorang start, bahaha. Tetiba kereta ada bunyi tak sedap didengar. Semua dah risau time ni, dah lah dalam hutan. Risau kalau kete rosak, jauh lagi perjalanan kitorang ni. Bila check rupanya breakpad dah rosak. Kereta tak servis lah ni sebelum bagi orang sewa. Dah tau kitorang nak jalan jauh kan. Contact owner sewa kete tu katanya suruh cari bengkel untuk repair then annti boleh claim balik. Try cari bengkel tepi-tepi jalan bila dah lalu area kampung tapi semuanya tutup sebab hari tu Ahad so semua cuti. Bila tanya orang katanya baik ke Pekan Kota Belud. So bawak slow-slow je lah ke pekan Kota Belud cari bengkel. Dalam sejam jugak lah kot nak sampai Pekan tu. Bila dah sampai pekan Kota Belud satu hal plak pusing-pusing empat lima enam kali tempat yang sama. Bila dah tanya 2,3 tempat akhirnya jumpa jugak bengkel yang boleh repair. Rasanya dalam pukul 12 lbh baru settle semua. Total semua kena bayar RM80. Time ni semua dah penat dan tak tahu sama ada nak gerak ke Kota Kinabalu ataupon teruskan perjalanan ke Kudat sebab kitorang kat tengah-tengah sekarang. Semua dalam sejam lebih perjalanan. So bila dah bincang semua, kitorang teruskan niat untuk ke Tip of Borneo. Dah alang-alang kan, pergi je lah. Lagipon sempat je lagi.

Tip of Borneo

Perjalanan Kota Belud-Kudat makan masa dalam sejam lebih. Kitorang sampai dalam pukul 2 (ke 3?) lebih camtu kot. Nak sampai ke tip of borneo tu agak mencabar jugak lah jalan dia sebab dia jauh masuk ke dalam. Nak masuk sini free je. Cantik jugak lah kawasan sini. Kat area pantai berbatu tu angin kuat gila. Kena pegang tudung kuat-kuat kang tak pasal-pasal tudung boleh terbang sekali, kahkah.





 Dah sampai sini wajib lah ambik gambar dekat glob ni kan.





 Tak lama pon spent time kat sini sebab takut nanti lewat sampai KK. Dekat area tepi laut tu ada surau tapi berkunci lah pulak. Takde orang jaga. So kitorang keluar dari tempat tu singgah masjid masa on the way nak ke KK untuk jamak zohor dan asar. Then sampai area Kota Belud kitorang singgah untuk makan. Memasing dah lapo, time tu dah pukul 6 lebih kot. Lepas makan cari stesen minyak dan terus ke KK. Dalam pukul 8 lebih kotnya sampai KK. Check in Promenade Servis Apartment. Kitorang berempat ambil family room besar gle, boleh lari-lari kot dalam tu. Apis ambil studio room. Bilik puas hati jugak lah.

So malam tu bila dah check in masuk bilik rehat kejap kitorang turun untuk cari makan malam. Cari makan kat area bawah apartment je sebab dah penat nak pergi jauh-jauh kan. Dinner aku malam tu aiskrim paddlepop pelangi 2 ketoi dgn roti je yani beli maggi cup. Beli kat 7 eleven makan dekat mamak teman sari wani apis makan. Iols tak berapa gemar mamak plus tak berapa lapar sangat pon so cukup lah tu makan eskrim  2 ketol tu. Hiks. Lepas makan kitorang balik bilik mandi solat dan tidur. Time ni tidur lena betol, syok je tidur dengan ekonnya bahahha. Dua malam sebelumnya tu tidur tak lena malam tu tidur lena sampai pagi takde pon terjaga banyak kali.

No comments: