Saturday, May 14, 2016

Phuket May 2016

Hello.
Kali ni iols ke Phuket pulak.
Trip Phuket kali ni adalah bersempena dengan conference ICONGDM. Tahun lepas conference ni kat Surabaya. Awal-awal dulu plannya taknak pergi, adalah few reasons kenapa rasa macam taknak pergi Phuket. Last-last sampai jugak sebenarnya. Pergi Phuket 5 hari 4 malam. 2 hari untuk conference selebihnya tu berpoya-poya lah, hiks. Tiket flight boleh dikatakan beli last minute jugak lah. So memang dapat harga mahal gila. AirAsia RM504 return. Mahal okay. Kalau free seat promo tu boleh beli untuk AirAsiaX dah tu, Bahaha. Nasib lah bukan guna duit sendiri kan. Kali ni pergi bertiga je, dengan research group member sorang dengan husbandnya. Flight kitorang malam, option untuk flight murah sikit, kalau amik siang lagi mahal woo. Sebenarnya dah survey awal harga tiket tu, tapi disebabkan budgetnya tak dapat lagi so hold je lah dulu. Dari 3 ratus lebih sampai 4 ratus lebih lepas tu 5 ratus lebih terpaksa lah beli jugak. Nak tunggu lagi takut makin naik pulak. Bertolak 30 April malamnya tu, flight pukul 8.30 pm (retime 9.10pm). Gerak dari UTM dalam pukul 10 am sorang-sorang sebab Azie dan Husband gerak dari Bentong, Pahang. JB - KL naik bas 6 jam hokay! Fuh boleh tahan lah jem hari tu.

 Dalam 5 lebih kot sampai TBS. Plannya nak naik bas ke KLIA2. Naik bas ke KLIA2 RM11. Tapi disebabkan time tu rasa macam dah agak lewat, KL Sentral ke airport 1 jam, petang-petang mesti jem lagi. Nanti sampai airport terkejar-kejar nak beratur check in luggage la, nak makan lagi. So terpaksalah amik ERL dari TBS-KLIA2, RM38.40 one way. Lagi mahal dari tiket bas JB-KL. Mahal wey. Tapi sebabkan nak cepat kan, plus tak tahu flight delay/retime. Dorang dari Bentong lepas zohor baru gerak, park kereta kat Putrajaya Sentral pastu naik ERL ke KLIA2. Ofcoz lah dorang sampai dulu dari iols. Sampai airport makan dulu dekat foodcourt aras 2 tu lepas tu terus masuk beratur check in luggage. Beli nasi kat Quizinn by Rasa ke apa ntah tempat tu RM14. Nasi dengan kari daging dengan telur masin dengan kacang buncis goreng (ingatkan kacangpanjang, so mmg tak makan lah. membazir!). Boleh tahan mahal tempat tu tapi redah aje lah. Airport kann. 



Flight KUL-HKT dalam 1 jam 20 minute. Sekejap sangat rasanya. Alhamdulillah smooth flight takde turbulance sangat. Sampai HKT dalam pukul 10 lebih waktu tempatan. Thailand 1 jam lambat dari Malaysia. Keluar arrival hall akan ada banyak kaunter untuk taxi/minibus. Kitorang amik taxi 650 baht untuk ke hotel. Hotel area Phuket town. Kalau dok area Patong boleh amik minibus 180 per person. Conference venue di Royal Phuket City Hotel. Check harga boleh tahan jugak lah mahal so kita cari nearest hotel yang murah dan review okay. So bila dah survey Agoda/Booking.com etc etc, jumpa lah Sino Imperial Hotel. Hotel dekat je boleh jalan kaki ke tempat conference, bilik besar dan cantik, harga within the budget, review Agoda bagus. So bila tanya group member dorang setuju je, so book aje lah via Agoda for 2 nights. Dari airport ke hotel dalam 45 minutes macam tu. FYI, taxi akan berhenti kejap di office company dorang, lepas tu akan ada staf yang dok promote pakej-pakej tour island hopping ke, elephant trekking ke..semua lah. Better jangan ambil pakej tu sebab ofcoz lah lagi mahal. Baik pergi cari sendiri area patong. Lagi banyak pilihan dan harga lagi murah. Kitorang dah tau pasal benda ni so cakap je taknak apa-apa pakej. Sampai hotel pukul 11 lebih, check in semua lepas tu tanya hotel ada provide iron tak. Tak tau lah staf tu tak faham iron tu apa ke sebab dia macam confuse je. Lepas tu google gamba iron tunjuk kat dia. Dia cakap ada dalam bilik. Tapi bila masuk cari iron takde pong. Nak gosok baju untuk conference esoknya tu. Tapi dah takde, pakai lah baju spare yg memang tak perlu gosok. Bilik puas hati, besar cantik ada fridge dalam tu ada air drinking water coke dengan sprite. Free rasanya. 


Sino Imperial Hotel, puas hati lah dok sini. 

First night kat Phuket, bilik dah lah besar dok sorang-sorang. Pastu teringat pasal haunted hotel yang dok kecoh kat group bbm dedulu. Aku siap cari post pasal hotel tu kat group. Penakut kan, so malam tu memang tak boleh tidur. Bahahha. Dalam 2, 3 pagi kot tertidur pastu terjaga setiap jam. Tapi mmg normal la tu, aku pergi memana pong tempat baru memang jenis susah nak tidur. Dah lah esoknya tu nak present kan.  


Pagi tu tak ingat bangun pukul berapa. Tapi awal jugak lah. Registration start pukul 9 am, so dalam pukul 8.30 am kitorang gerak dari hotel. Masa check in tu kitorang tanya staf hotel jalan nak ke hotel conference, tapi dia macam tak reti nak explain so dia print out google maps je bagi kitorang. i appreciated that walaupon awal-awal mmg aku dah check google maps. Just nak confirmation je jalan mana nak kena ambik. So pagi tu, sementara tunggu Azie dan husband turun, aku tanya plak staf lain kat kaunter. Staf tu bagitau jalan semua. Okay puas hati. Kitorang jalan kaki adalah dalam 7, 8 minit macam tu kot akhirnya jumpa lah tempat conference nya. Sampai kt tempat registration tu jumpa muka-muka familiar, especially Dr Syaiful, lecturer Unimap. Conference ni Unimap yang organized. Time ni supervisor weols tak sampai lagi. BTW, supervisor kitorang jadi salah seorang panel untuk keynote speaker.  

Supervisor weols, hiks.
Presentation utk keynote speaker.

Dok sebelah orang tinggi ni rasa rendah diri betol. HAHA.
Tak paham kenapa gambar ni nampak aku macam chubby je. Sebab baju kot. kahkah

Sesi presentation dia buat dua bilik. Kitorang punya presentation petang. Kitorang mintak nak jadi orang terakhir yg present sebenarnya. Sebelum lunch tu tengok yang present semua hebat. Kecut perut iols. Tapi yang untung present last-last ni, ramai yang dah balik bila habis present. So untung kitorang yg last-last ni. HAHA. Masa lunch tu, kitorang duduk semeja dgn Prof dari UMT. Dia pon keynote speaker jugak. Awal-awal tu macam nak lari je, segan kot tapi Prof ajak dok sekali, kita join aje lah. Sembang-sembang lama jugak lah sampai kitorang tunggu Prof abis makan. Sembang pasal research, Prof cakap dia selalu jugak jadi external examiner untuk bebudak mecanical UTM. So apalagi, aku pon terus bagitau nak ambil dia jadi examiner jugak. Okay dah ada calon untuk external examiner VIVA nanti. hihi. Masa tengah makan tu, supervisor datang bagitau dia tak dapat stay untuk tengok kitorang present sebab dia nak balik bilik dia dah. Kitorang lagi sukaa kan. hihi. Prof dari UMT tu pon dah balik masa kitorang present. Ramai yang dah balik so memang tak ramai lah yang tinggal. Azie present dulu, lepas tu baru aku present. Lepas aku, ada sorang dari Korea, present dua paper lagi. Lepas tu habis. Lepas dah habis tu sempat sempat gi intai bilik lagi satu, dorang belom habis lagi. Minum makan kuih dulu sembang-sembang dgn Dr syaiful lepas tuu baru kitorang balik hotel. Setel sudah presentation, masa untuk berpoya-poya. HAHAHA.

Balik hotel settle kan apa yg patut lepas tu rehat je. Malam baru kitorang keluar cari makan. Dr syaiful ada bagitau restoren halal dekat dgn hotel conference tapi carik tak jumpa pulak. Yang kitorang jumpa, halal Thai Noodles. So kitorang makan situ je lah. Kedai ni ramai lah lepas tu tengok harga okay takde lah mahal sangat. Aku order Seafood Tomyam Koong. Sekali sampai mak aih gila besar udang dia. Ada udang sotong kupang banyak dan besar. Tomyam dia ofcoz lah terbaik. Puas hati iols makan. Azie tak habis kalau tak silap. Pedas sgt kotnya. 



 Lepas dah habis makan kitorang ronda-ronda je area Old Town Phuket. Kawasan sini design bangunan lama-lama so cantik jugak lah kalau ambik gambar time siang. Malam tak nampak sangat kotnya. Sekali tu jumpa haunted hotel belakang bangunan kuning ni. 


Hotel tu besar lepas tu nampak creepy semacam je. Tengok ada satu bilik je yg bukak lampu lain semua gelap. Serius rasa meremang bulu roma. Lpeas tu terus ajak dorang balik. HAHA. Dasar penakut memang begitu lah. Malam tu tak boleh tidur lagi. Dok fikir pasal hotel tu lah. Teruk betul HAHA. 

No comments: