Saturday, May 14, 2016

Phuket May 2016 Part 2


The next day kitorang dh takde aktiviti pape, cuma jalan-jalan area Phuket Town lepas tu pindah hotel ke Patong. Keluar dalam pukul 11 lebih macam tu sebab pukul 12 check out. Tinggalkan luggage kat hotel lepas tu kitorang gerak ke Phuket Trick Eye Museum. Trick Eye Museum ni kat mana-mana tempat pon dh banyak kan, tapi ni lah first time aku masuk tempat macam ni. Harga tiket 500 Baht. Bagi aku mahal. Tapi boleh lah kot sekali seumur hidup masuk. Lenkai takyah masuk dah tempat lain. Aku kurang gemar dan cepat bosan dengan benda-benda macam ni tapi layankan aje lah sebab tak tahu nak pergi mana dah. 



Tak tahu berapa jam kitorang dok dalam tu. Aku rasa kalau aku sorang sah-sah lah tak sampai 10 minit kot. HIHI. Lepas dah habis dalam tu kitorang keluar ada tempat makan kt depan trick eye museum ni. Tengok ada tanda halal lepas tu orang yg jaga tempat tu bertudung so kitorang decide untuk makan situ je. Harga standard lah kot. Makanan halal kat Phuket bagi aku semua mahal. Dalam pukul 4 lebih kitorang balik hotel lepastu mintak staf call kan teksi untuk ke Patong. Harga teksi 500 Baht. Teksi dari Phuket Town ke Patong dalam 45 minute macam tu. Kitorang dok Patong Ours Guesthouse. Booked via Booking.com. Harga dalam RM30 per night. Dok hotel murah sebab dah conference dh habis kan so semua tanggung sendiri lah. Cari tempat yg dekat dengan pantai, murah dan review bangus. So aku pilih POG ni. Lepas dah settle check in masuk bilik buat apa yang patut rehat kejap. Kitorang plan nak jalan-jalan petang tu. So aku turun dulu sebab diorang tak siap lagi. Dalam 10 minute tunggu dorang tak turun lagi so aku decide untuk jalan sorang-sorang kat area Patong tu dulu. 


Kawasan sini dekat je dengan pantai dalam 10 minute macam tu. Tempat ni crowded sangat heh.
First impression aku tak suka sangat tempat ni.

Jalan sorang-sorang tengok keadaan sekeliling. Tempat massage bersepah. Nampak kedai halal pon banyak. Lepas tu survey harga barang area situ. Memang semua mahal. Tengok gerai-gerai buah tepi jalan pon harga  100-200 Baht untuk buah potong-potong. Gila mahal. Lepas tu ada banyak pancake / aiskrim yg jual dari motor tu. Nak try tapi tak confident sbb takde tanda halal. Skeptikal sungguh. Bila rasa kaki dah penat masuk convenience store beli air lepas tu balik bilik. Malam lepas maghribnya baru kitorang turun semula. Makan malam lepas tu cari pakej untuk Phi Phi Island untuk esok nya tu. Pakej Phi Phi Island ambil masa sehari. Dari pukul 8 am sampai pukul 4-5 pm macam tu. Driver akan pick up dan hantar kat hotel. Ada banyak agent yg jual pakej-pakej tu semua so survey je mana yang nak. Kitorang dapat 1300 Baht. Pakej ni ke Maya Bay, swimming dan snorkerling 3 tempat, lunch, dengan speed boat dan tour guide. Ada jugak 900 Baht tapi guna big boat snorkeling pon sekali je. So kitorang pilih yang 1300 Baht tu. 

Malam tu kitorang jalan sampai ke area pantai lepas tu ke are Hard Rock Cafe. Lepas tu jalan-jalan beli barang untuk dibawak esoknya untuk phi phi island, topi, waterproof case dgn sunblock. Aku punya sunblock boleh tertinggal dekat lab. Yang spf 110 kot. Beli sana spf 50 harga 375 Baht kalau tak silap. Kitorang balik bilik lewat jugak lah pukul 11 lebih atau 12 lebih. Dan malam tu aku tidur lena alhamdulillah. HIHI. Esoknya tu, driver pick up dekat guesthouse pukul 8.30 am. Perjalanan ke jetty ambik masa sejam jugak lah. Briefing dulu bergambar sewa flippers lepas tu baru gerak ke tempat pertama, Maya Bay. Naik speed boat untuk sampai area Phi Phi island ni dalam sejam. Yang ni untuk sight seeing je. Sekejap je kat sini lepas tu pergi tempat lain untuk swimming. 


Kat tempat swimming tu takde ikan pon. Kat sini dalam 30 minutes lepas tu move to the next point

Bird cave.
Ambik gambar kejap dalam 10 minutes lepas tu gerak ke Monkey Island.
Banyak monkey kat situ. 


 Lepas tu baru gerak untuk tempat snorkeling. Kat sini dalam 30 minit macam tu kot. Ikan macam tak banyak sangat, corals pon biasa je. Aku snorkeling sorang-sorang je sebab Azie lemas masa awal-awal masuk air. Lepas dah nak habis masa baru Azie n husband turun. So dorang sekejap je masuk air. Lepas snorkeling kitorang ke Phi Phi Island untuk lunch. Makan kat halal restoren. Semua makanan sedap, hihi. 

 
Lepas dah habis lunch kitorang gerak ke island terakhir. Masa perjalanan dalam sejam sebab dia dah dekat dengan jetty kat phuket dah.

Ni check point terakhir, pulau aku lupa nama apa. HAHA.


Yang baju biru tu tour guide kitorang. Sempat sembang dgn dia, katanya pernah internship dekat Penang. 

Lepas dah habis masa kat situ kitorang pon gerak balik ke Phuket. Perjalanan dalam 10 minute. Sampai jetty naik van lepas tu balik ke Patong. Puas hati main air. Dan yang pastinya muka burn. KahKah. Phuket panas. 

Petangnya tu dekat pukul 7 macam tu tengah rehat-rehat. Nasib baik dah siap mandi time tu. Staf hotel ketuk pintu bagitau kena pindah hotel sebab hotel tu nak kena tutup. Terkejut gle kot. Apesal kena tutup plak. Lepas tu dorang cakap lah landlord suruh kosongkan hotel malam tu jugak sebab owner hotel tak bayar sewa. Haru sungguh. Dah risau dah, nak cari hotel macam mana dah gelap ni. Dah la penat kot seharian main air. Lepas tu terus kemas barang campak-campak je dalam luggage terus turun lobby. Tanya staf macam mana semua tu. Kesian jugak lah kt dorang sebab dorang pekerja je kot lepas tu dorang pon kemas-kemas barang untuk kosongkan hotel. Staf tolong cari kan bilik. Nasib baik dapat bilik yg bertentangan dgn tempat yg kitorang stay. Kitorang mintak balik duit refund untuk satu malam tu untuk bayar bilik lain. Bilik tu kitorang dapat 500 Baht untuk 1 malam. Bilik okay lah, lagi besar dari POG. Drama sungguh rasanya malam tu, hihi. 

Esoknya tu kitorang jalan-jalan area Patong je cari souvenir. Lepas tu book teksi untuk ke airport 600 Baht dari hotel ke airport. Pukul 4.30 pm kitorang gerak ke airport. Phuket airport ada surau dekat aras 3. Restoren halal takde. Okay dah habis cerita untuk trip ke Phuket. The only thing aku suka pasal Phuket ni Phi Phi Island je yang lain semua boleh lahh. 

No comments: