Sunday, November 6, 2016

Siem Reap, Cambodia Oct 2016 - Part 1


Hello.



Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hasrat nak pergi Siem Reap, hiks. Dah lama kot aim nak pergi Siem Reap, siap pernah cancel trip lagi bulan 3 haritu. Burn tiket. Kali ni pergi dengan kawan sekolah rendah. Kawan sekolah rendah yg selama ni takde lah selalu contact pon cuma berbalas-balas komen dalam fb/ig je, dah bertahun kot tak jumpa. Dia pon jenis suka travel, so apalagi jom lah kita travel sesama. Awal-awal tu takde destination lagi nak pergi mana, tunggu mana tiket murah. Ajak dia pergi Korea pertengahan bulan 10 tapi tiket mahal lah pulak. Dan sebenarnya aku dah beli tiket Korea 21 Oct 2016 awal tahun haritu kononnya nak tengok autumm, tapi nya beli tiket pergi je, tiket balik tak beli. Sekali tengok tiket balik takde murah pulak. Range dalam RM600-RM800 macam tu one way. Last-last check AirAsia dalam hujung bulan 8 camtu tengok tiket ke Siem Reap Rm250 return tarikh 20 Oct - 24 Oct 2016. So terus lah ajak kawan pergi SR. Dia pon okay. Tapi kan, lepas beli tiket Siem Reap, tengok gambar-gambar autumm orang share kat Korea lepas tu menyesal, boleh je kot kalau nak beli tiket balik untuk Korea tu. Tak pasal-pasal kau dah sedekah RM300 (RM600 sbnrnya sebab beli utk adik sekali, bila ntah dia nak ganti balik T__T) kat AirAsia kan. Aku rasa kalau campur-campur semua dengan trip yg cancel/burn tiket dah lebih RM1k aku sedekah free kat AirAsia tu. Aim tiket murah punya pasal lepas tu sampai tarikh tu tak dapat pergi. Kita hanya mampu merancang, biasa lah tu, redha aje

Bila bagitau bebudak ni tak jadi pergi Korea, tapi dah beli tiket nak pergi tempat lain. Si Sari tu laju je teka Siem Reap, hiks. You know me well, bff! 

Trip kali ni kitorang pergi 5h4m. Tapi cuma ada 4 full day je lah sebab last day tu gerak balik pergi airport awal-awal pagi. Siem Reap kalau pergi 3 full day dah cukup sebenarnya. Kitorang book tuktuk untuk 2 hari dengan Abg Nasir dari group Muslim Tuktuk Driver. Dapat contact dia dari group BBM. Rate USD 15/day include airport transfer. Fluent cakap Melayu. 


Flight KUL-REP dalam pukul 6.40 am, touched down REP dalam pukul 8.20 am macam tu. Abg Nasir ni dah tunggu kat airport masa kitorang keluar. 

Keluar je airport Abg Nasir tanya nak pergi mana dulu, bermesyuarat kat tepi jalan. Amenda ntah dia bercerita pasal tuktuk driver ni. Kitorang mengiya kan saje lah. Time tu fikir nak ke floating village ke tak. Floating village kena bayar USD10 untuk boat ride. Tapi last-last tak jadi pergi pon, kitorang just pergi silk farm dengan war museum. Nak jimat kononnya. Silk farm tu free admission, war museum USD5. Kat silk farm tu takde apa yg menarik sangat pon. Tempat orang buat kain. Kalau sesapa yang minat boleh lah. Kitorang sekejap je kat situ lepas tu terus gerak ke war museum. Sini okay sikit lah. 

Bergambar tengok-tengok peralatan perang. Boleh tau sejarah negara dorang sikit-sikit.



Then, bila dah tengahari kitorang dah lapar, mintak Abg Nasir tu bawa ke restoren dia. Abg Nasir selain dari bawak tuktuk dia pon ada bukak restoren. Baru jugak lah lagi dalam 8 bulan macam tu. Nama dia The Siem Reap Backpackers Halal restaurant. Dekat area masjid. Makanan kat situ boleh dikatakan murah lah. Nasi goreng USD2 je. Range makanan dalam USD2-USD4. Setiap meals dapat air free. Wifi pon laju. 


 Kecuali yang ni je USD6. Special sikit. Lembu naik bukit.
Mesti try ke Cambodia, sedap okay!

Lepas makan kitorang terus ke hotel untuk check in. Angkor Orchird Central hotel. Location dia betul-betul sebelah je pintu masuk belakang art/night market. Affordable rate, very friendly staff, clean room, clean/big toilet, locationwise-3 mins walk to art/night market/pub street, 10 mins walk to muslim street/mosque/halal restaurants, HRC pon dekat dlm 3 mins je kot, dan juga ada halal breakfast! No wonder la Agoda review dia tinggi.  Tapi tilam keras sikit, selimut nipis, dan paling tak best wifi slow. Lepas check in tu staff dia siap tunjuk lagi kiblat arah mana. 


Then, petang tu kitorang keluar dalam pukul 2.30 pm untuk ke Cambodia Culture Village. Admission fee USD12. Standard harga USD15, tapi sebab Abg Nasir tu belikan tiket untuk kitorang so dapat murah. Tempat ni sangat besar, so make sure datang awal lah untuk tengok show-show yang ada dalam ni. 



First show yang kitorang tengok. Semua show dalam bahasa Cambodia, walaupon tak paham tapi rasa macam best jugak lah. 

Traditional Khmer house yang ada dalam CVV ni. 

Kitorang sempat lah tengok 4 show kalau tak silap, tempat dia jauh-jauh. Boleh tahan lah nak jalan kaki tu. Last show dalam pukul 6 macam tu kitorang dah tak sanggup nak tengok dah, sebabnya dah penat gila, pastu dah malam, badan pon melekit dah. So keluar lah balik hotel.
Tapi sebelum balik hotel singgah restoren bungkus nasi goreng daging USD2. Sedap. 

Malam tu kitorang tak keluar pon sebab dah penat sangat kan, lepas tu esok pagi-pagi kena bangun awal untuk sunrise hunting kat Angkor Wat!


Kawasan market. Jalan dia boleh tahan lah berdebu. 
Okay dah habis day 1. 

No comments: