Sunday, November 6, 2016

Siem Reap, Cambodia Oct 2016 - Part 2

Hari kedua, Angkor Wat!



Angkor Wat adalah main reason kenapa aku nak pergi Siem Reap, yg merupakan salah satu Unesco World Heritage site. So pepagi tu gerak lepas subuh dalam pukul 5 lebih kalau tak silap. Subuh sana pukul 4 lebih. Singgah beli tiket dulu, USD20 utk satu hari. Ada yang 3 hari ada yang seminggu. Tiket tu kena beli sendiri sebab dia siap ada gambar kita lagi tau. Tempat beli tiket dengan kawasan angkor ni jauh jugak lah. Dalam pukul 6.30 am macam tu kitorang baru sampai Angkor Wat. Time ni memang dah ramai gle orang. Spot cantik untuk ambil gambar sunrise pon dah penuh. 

Kat kawasan ni ada banyak temple, yang paling besar adalah Angkor Wat. 

Sunrise.
Time ni dalam pukul 6 lebih. Matahari dah slow-slow menjelmakan diri.

Bila dah cerah tu kitorang baru masuk dalam. 




Ni lah travel partner kita, hiks. 
Kawan sekolah rendah yg dah bertahun dah jumpa. Sekarang dia keje kat KLIA.

Angkor Wat ni memang besar, boleh tahan lah lenguh kaki yg jelajah semua tempat. Kitorang spent dalam 2-3 jam je kot dalam ni. Lepas tu proceed to next temple, Bayon. 
Sebelum sampai Bayon Abg Nasir singgah kat satu temple ni, kecik je yang tu so kitorang tak turun pon, tengok dari luar je. 



Lepas Bayon, proceed tu Ta Phrom. 
Tempat Tomb Rider tu.

Ta Phrom ni ada dua pintu, east gate dengan west gate. Kitorang masuk melalui west gate so kena keluar melalui east gate sebab Ta Phrom ni boleh tahan besar kawasan dia. Driver tuktuk drop kitorang kat west gate tu lepas tu terus tunggu kitorang dekat east gate. Memang jauh lah nak masuk. Sekali masa nak masuk tu dekat entrance nak check tiket, boleh tiket aku hilang! Serius dah gelabah time tu. Tiket masuk takde memang orang yg jaga tu tak bagi masuk. Habis semua selongkar poket handbag takde jugak. Time tu dah risau macam mana. Nak patah balik ke pintu masuk dah tak boleh sebab Abg Nasir tunggu dekat East gate, dah jauh. Dah lah tak beli simkad, takde internet. Nak contact dia macam mana. Sekali tengah geledah handbag, datang dua lelaki omputih ni 'hello, your ticket's here'. Tiket aku tercicir masa turun dari tuktuk. Punya lah bersyukur gila kat dorang, mmg banyak kali lah say thank you. Nasib baik lah dorang ni baik, sesetengah orang lain mungkin buat tak tahu je. Lepas tu dari jauh dia dah panggil aku mungkin sebab gambar tu kan bertudung kan, senang nak cam. Sebab time tu takde orang lain pon yg bertudung. Yang jaga tiket tu siap cakap 'you're so lucky'. Hiks. 

Seingat aku la tiket tu letak dalam poket belakang, mungkin letak handphone sekali lepas tu bila nak keluarkan handphone tiket terjatuh. Cuai sungguh anda!

Ni pintu masuk mana ntah, iols dah lupa. 
Ada satu pintu tu, Abg Nasir bagitau nama dia pintu kejayaan.



Ni tempat si Jolie berlakon tu, gila panjang orang beratur nak ambil gambar kat pokok ni. 
Takde nya kitorang nak masuk queue sekali. Ambil gambar macam ni pon boleh.

Kat dalam Ta Phrom ni satu lagi drama kitorang, tak jumpa cari jalan keluar. Pusing tempat yang sama 3, 4 kali. Hadoi. Adalah tanya tourist guide kat dalam tu dalam 3, 4 orang jugak last-last baru lah jumpa tempat keluar. Penat gle kaki rasanya. 
Apa yang aku perhati kan, kat sini ramai tourist guide yang boleh bercakap pelbagai bahasa.
Bukan english saje, tapi chinese jepun french spain pon ada.

Kitorang balik dalam pukul 12 lebih. Takde nya sampai petang sebab kaki dah penat, perut pon dah lapar. Lama-lama sangat nak buat apa kan, bangunan dia lebih kurang sama je. Ada lah kitorang singgah 2, 3 temple lagi tapi tak masuk dalam pon. Abg Nasir sempat belikan lemang utk kitorang. Lemang tu buluh dia kecik je, pastu kat dalam tu ada red beans Walaupon aku tak suka lemang tapi makan aje lah sikit, orang dah belikan utk kita kena lah makan kan. Perut pon dah lapar time tu. Makan sikit je tak habis pon. Kitorang makan tengahari kat restoren sama lepas tu balik hotel. Petang tu kitorang rehat je kat hotel malam lepas maghrib baru keluar balik pergi night market jalan-jalan survey souvenir. 

No comments: