Saturday, April 8, 2017

Jogja Feb 2017 - Part 3

Hari keempat.

Hari keempat ialah sunrise kitorang yg terakhir, dan sunrise yang paling ditunggu-tunggu. Sunrise Gunung Merapi. Kali ni kitorang bertolak lewat sikit dari sebelum ni sebab jarak ke Merapi tak jauh sangat, dalam 45 minit macam tu. Seperti biasa kitorang akan singgah masjid untuk solat Subuh. Kitorang sampai sebelum masuk waktu. Masjid yang kitorang pergi ni dalam kawasan perkampungan bawah Gunung Merapi. Disebabkan tak ramai penduduk situ, so jemaah Subuh pagi tu 2 orang je locals. Imam sorang dengan jemaah perempuan sorang, mungkin pasangan suami isteri. Ingatkan bila dah solat tu makin ramai lah jemaah, tapi sampai habis solat memang takde dah orang lain. 2 orang je pastu tambah kitorang bertujuh. Mas Eko banyak bercerita pasal kejadian gunung merapi meletup. Merapi ni active volcano, dia meletus dalam masa 4 tahun sekali. 


Bila dah selesai solat, kitorang ke tempat sewa jeep untuk bawa kita ke Gunung Merapi. Kitorang ambil 2 jeep sebab maximum satu jeep untuk 4 orang je. So ambik 2 jeep-3 orang satu jeep. Pakej sunrise ni harga dia Rp450 000 per jeep. Dia akan bawa kita pergi 4 tempat - sunrise, alien stone, photo spot dan last sekali rumah bekas penjaga kunci gunung merapi yang dijadikan museum. 


Sunrise Gunung Merapi bagi aku adalah paling cantik berbanding Puthuk Setumbu dgn Kebun Buah Mangunan. 
Rasa puas hati lah dapat tengok view sunrise ni. 

Bunker Kaliadem ni tempat yang sama untuk view sunrise. 
Kat sini driver jeep kitorang bercerita masa peristiwa volcano tahun 2006. 
2006 dengan 2010 antara letusan yang besar. Ramai yang meninggal. 
Bunker ni dibuat sebagai shelter tapi tahun 2006 tu ada dua orang meninggal dalam tu. Sedih pulak bila dengar cerita dari kitorang punya driver. 
Tahun 2010 pon letusan paling teruk, masa tu ramai juga yang meninggal, salah sorang nya penjaga kunci gunung Merapi. Dia meninggal dalam keadaan dia bersujud masa tu. 
Serius sedih bila dengan cerita macam ni. 

Batu alien.
Kalau tengok betul-betul, batu tu macam muka orang. 
Orang yg tengah mintak pertolongan.

Photo spot. Belakang tu Gunung Merapi.




Lepas tu last kitorang singgah rumah ni. 
Kat sini boleh tengok hasil dari eruption tu. Debu-debu semua. 


Dalam pukul 9 am, kitorang dah keluar dari tempat ni untuk ke Gunung Kidul. Sepatutnya ikut plan ke Kalibiru, tapi disebabkan semalam hujan tu so bila dah bincang, kitorang cancel Kalibiru, pergi Gunung Kidul. Aku yang beria nak caving/rafting tu, nasib baik orang lain takde masalah. Ok je memana. hihi. Perjalanan agak jauh lah, dalam 2 jam macam tu. Tiket masuk Rp10k sorang, lepas tu untuk rafting and caving Rp80k. Kalau nak salah satu pon boleh je. Harga lain lah. Ada jugak aktiviti caving (dry). Kali ni kitorang bertiga je yang nak main, orang lain tak nak main air.  

Dia akan buat grouping kecil dengan sorang guide. Kira nya ok lah kan sorang guide tu boleh lah jaga keselamatan kita sebab small group kan. Kitorang bertiga dengan satu couple dari Jakarta. Dorang honeymoon, baru kawen. Untuk first aktiviti, caving. Masuk Gua Pindul naik pelampung tu. Panjang dia dalam 250m kalau tak silap. Boleh tengok apa yang ada dalam gua tu. Lepas dah habis gua Pindul, kitorang akan ber rafting kat Sungai Oya pulak. Kitorang naik jeep untuk ke starting point rafting tu. Sungai tu dalam gila, lepas tu air pon keruh. Tapi dia takde lah besar sangat pon. 

Masa rafting tu aku bawak handphone, tapi dah letak dalam waterproof case. 
Waterproof case tu yang lama punya, beli kat Phuket tahun lepas.
Lepas tu bila dah dekat-dekat nak habis tu, guide kitorang bagitau kalau nak menyelam boleh keluar dari pelampung tu. So apalagi, keluar dari pelampung nyelam main air best gle, sampai tak sedar air dah masuk dalam waterproof case tu. Lepas tu syok je main dekat air terjun. Nad siap terjun lagi dekat tebing tinggi. Teringin nak try tapi tak berani la pulak. Hahaha. 

Perasan handphone masuk air masa dah keluar dari sungai tu. Time tu terus rasa sedih gila. Dah lah handphone baru beli seminggu, lepas tu fikir dalam tu banyakkk gila gambar kan. Kalau rosak macam mana. Lepas tu terus off handphone. Sampai je kat dorang tunggu tu, terus bagitau handphone masuk air. Bagi kat dorang untuk buat apa yang patut sementara pergi tukar baju dulu. Bila dah siap tukar baju, tengok-tengok dorang bagi beras dalam plastik. Terkejut ingatkan apa lah, rupanya handphone dalam tu. Mas Eko pergi cari beras kat kedai makan, lepas tu masukkan handphone dalam tu. Ni petua untuk handphone masuk air katanya. Jangan on dulu handphone tu dalam beberapa hari. Nasib baik dah last day aktiviti kan, esok pepagi dah nak balik. kalau tak mau menangis iols. Terharu pulak Mas Eko susah-susah gi cari beras nak letak handphone tu. =p 


Last aktiviti kitorang adalah sandboarding di Pantai Parangtritis. Sampai kat pantai betul-betul tengah panas terik, kalau tak silap time tu pukul 2 lebih. Tiket masuk pantai Parangtritis Rp4000 sorang. Kitorang jalan-jalan area pantai dulu, lepas tu lunch kat gerai yang ada situ. Kalau nk naik kereta kuda pon boleh jugak. Tapi hati-hati lah, macam Sari n Yani kena, awal-awal kata Rp30k, tapi bila dah naik Rp30k tu untuk dekat tu je, kalau nak pergi sebelah sana kena bayar Rp60k, so dorang bayar je lah. Kitorang lagi 4 tak naik pon, dok jalan area pantai tu je. Lepas dah jalan-jalan situ, baru pergi area untuk sandboarding. Sandboarding Rp100k untuk sewa satu board. Satu board tu kitorang kongsi 6. Nanti akan ada sorang yang akan ajar kita cara nak sandboarding. Best jugak lah main benda tu walaupon asyik tersemban je. Hahaha. Yani terer main benda ni, rilex je tak jatuh. Orang lain jatuh tunggang-terbalik semua. Kitorang main situ dalam sejam jugak lah, lepas tu gerak balik je Jogja. Mintak Mas Eko untuk singgah mana-mana masjid untuk solat dulu lepas tu baru gerak balik. Sampai Jogja kitorang singgah untuk dinner, lepas tu balik. Dinner terakhir tu kitorang ajak Mas Eko unutk makan sekali. Selama ni kitorang ajak makan sekali, mesti dia tolak. Dia tunggu je kitorang makan atau dia akan makan sorang-sorang. Last tu kitorang paksa jugak makan sekali. Nak belanja makan kali terakhir kan. 

Kitorang sempat singgah kilang bakpia. Beli bakpia untuk bawak balik. Orang cakap bakpia yg paling sedap Bakpia No.25, so kitorang memang beli yang tu je. Sedap. Yang original rasa kacang hijau, kalau premium ada perisa lain macam cheese, coklat and durian. Aku beli yang kacang hijau dengan durian. Semua sedap. Lepas tu beli pisang cheese tu. 

Esoknya pepagi kitorang dah gerak ke airport untuk balik. Rasa macam sekejap je trip ni, banyak tempat yg tak sempat nak cover sebab kitorang cuma ada 3 full day untuk jalan-jalan. Lagipun satu-satu tempat tu memang jauh and makan masa. Overall trip ni memang best! :)

Expenses untuk hari keempat

Merapi Sunrise : Rp150 000
Tiket Gunung Kidul : Rp10 000
Rafting/Caving : Rp 80 000
Toilet tukar baju : Rp4 000
Lunch : Rp13 000
Sandboarding : Rp33 000
Dinner : Rp43 000
Bakpia: Rp 100 000

Total : Rp 447 000

* untuk supir kitorang dapat Rp 2 250 000 utk 7-seater Luxio. 3 days + airport transfer. 
Recommended- : Mas Eko
_______________________________________________________________________

Total keseluruhan trip

1. Flight : RM60.00
2. Travel insurance : RM 26
2. Penginapan (BunkBed BnB/Edu Hostel) : Rp344 000
3. Supir : Rp 241 700
4: Aktiviti/Makan: Rp 1 324 500

Total : Rp 1 910 200 + RM86~~RM750 all in untuk 5d4n. 

No comments: