Wednesday, April 5, 2017

Siem Reap, Cambodia Oct 2016 - Part 3

Hello!


Bertahun nak habiskan trip Siem Reap ni, hiks. Second last day kitorang dah tak tahu nak pergi mana, jumpa booth untuk day tour so kitorang survey dan decide untuk ke Kulen Waterfall. Perjalanan dalam 2 jam dari Siem Reap. Van akan pick up dan drop kita kat hotel. Fee dalam USD35 kalau tak silap, ke USD30 ntah. Lupa plak, hahaha. Termasu kitorang berdua total 6 orang je pastu ada tour guide sorang. Dia akan explain lah semua tempat yang kita pergi. Package ni akan pergi 3 tempat area Kulen Mountain - 
1. 1000 lingas (sungai ada batu-batu yang dorang panggil linggas/linggam- more to hindu thingy)
2. Reclining Buddha - ada patung sleeping buddha
3. Kulen waterfall - boleh mandi kat sini


 Kalau ikutkan package ni kurang sesuai utk weols tapi dah tak tahu nak pergi mana, plus duit ada lebih lagi (kahkah), and kawan aku ni teruja nak pi mandi air terjun so on aje lah pergi sini. 


Berenti isi minyak dulu. :D

 Mineral water dekat area 1000 lingas.
Kat sini nampak ramai pelancong dari India. 


Jalan nak masuk ke kuil Buddha. Kat sini ramai sangat budak-budak mintak duit.



Kulen Waterfall. 
Awal-awal datang sini, eleh ini je ke waterfall nya? Hmm tak menarik pon.
Lepas tu baru lah tour guide kitorang bawak pergi kat area bawah.

Waterfall.
Kat sini ok lah sikit, kawan aku semangat pi mandi. Tapi air dia kaler hitam. Agak menyeramkan lah.
Iols tak mandi pon sebab fikir leceh lah nak tukar baju semua so dok tepi-tepi je lah tengok orang mandi. 
Masa on the way balik, kitorang singgah utk late lunch, tapi kedai tak halal so kitorang cakap tak nak makan. Ingatkan kami berdua je yang tak nak makan rupanya yang lagi 4 orang pon tak makan jugak. Tour guide and driver je yang makan. Lunch tak termasuk dalam package so bayar sendiri. Kitorang berdua beli pisang dengan honeydew kt gerai tepi jalan, lapar kot. HAHA

Trip ni habis petang, so sampai hotel petang tu sempat lah Asar kat bilik. Malam tu kitorang mintak Abg Nasir delivery nasi goreng daging ke hotel USD2 je, without delivery charge. Hihi. Lepas tu kitorang keluar pergi market lagi untuk shopping. Sebab esok pagi-pagi tu kitorang nak gerak ke airport dah. 


Bye, ada rezeki jumpa lagi. 


Costing utk trip 4 hari 3malam.

1. Tiket flight : RM250 (beli sebulan lebih sebelum)
2. Travel insurance : RM26.
3. Hotel : 
4. Expenses : Hotel - RM150, Tuktuk - USD15, 

(will update/double check it later) Tapi tukar duit haritu USD200 shj and it is more than enough ok! Makan dua kali sehari, shopping t-shirt kemain banyak, bayar transport, ticket etc etc. 



Thats all. Habis akhirnya. Fuh! 

No comments: