Saturday, April 8, 2017

Tokyo, Japan Mac 2017 - Part 1


Alhamdulillah my trip to Tokyo went well.
Sebenarnya aku pon tak sangka aku akan ke Jepun, bahaha. Ni semua pasal Malaysia Airlines tetiba je promo? glitch? error? ntah la, tapi ada orang share KUL-NRT RM162 bulan November lepas, apalagi dengan pantasnya try la search tiket tu, main letak je date dulu nak try betul ke tak, sekali haa memang dapat. Bahaha. Iols pon tak sangka dapat. Benda ni kejap je, lepas dah berjaya book tiket tu ada kawan try bukak terus website Malaysia Airlines jem. Sebab masa tu KUL-LHR pon RM304. TQ MAB sebab uols lah, iols dapat ke Jepun, sebab sebelum ni wishlist untuk ke Jepun memang ada tapi takde lah dalam masa terdekat. Kos ke Jepun kan tinggi, lebih tinggi dari Korea. 

So bila dah berjaya beli tiket KUL-NRT tu, baru lah start survey tiket untuk balik. Dalam lebih kurang sebulan lepas tu kotnya baru lah beli HND-KUL dengan AirAsia. Tiket balik mahal, sebab beli one way. Tapi okay lah, lebih kurang RM1k untuk return tiket. 

Lama tak datang sini, last tahun 2015 kot?

Rasa macam dah lama sangat tak datang KLIA, selalunya kat KLIA2 je kan, hihi. Kali ni sebelum boarding tu sempat lah gi dinner kat Secret Recipe kejap, pastu pergi bookstore beli buku Cathy Glass sebiji. Lepas tu baru masuk dalam. Sempat jgk jumpa dgn kawan kejap yang kerja kat KLIA sebelum boarding, kebetulan dia kerja hari tu. 

First time ke terminal satelit. Sebelum ni kat main terminal je. 

Bila dah masuk kapal tu mula lah rasa excited, bahaha. Pastu dapat plak seat area depan, betul-betul belakang busines class. Flight ke KUL-NRT smooth je rasanya time tu, takde turbulance sangat pon. Tapi takde lah dapat tidur lena pon-tak pernah pon dapat tidur lena dalam flight. Pukul 6 lebih sampai NRT, time tu dah cerah. Keluar je kapal terus rasa sejuk gle. Sebelum ke immigration tu cari toilet dulu untuk gosok gigi cuci muka lepas tu tukar baju, pakai coat semua. Immigration ok je takde problem, dia cuma tanya datang berapa orang, jawab je lah sorang. Lepas tu okay je, takde tanya apa-apa dah. Lepas dah settle ambik backpack bagi custom declaration form lepas tu terus cari train station. Tapi sebelum tu, tukar simkad dulu. Simkad beli dari Malaysia dari Hello1010. Harga RM65 utk 4G/7 days. Harga tu untuk member RTJ, kalau bukan member mahal sikit lah. 


Book penginapan kat Asakusa so kat airpot tu pergi cari Tourist Information Centre tanya macam mana nak ke Asakusa. Ada banyak choice tapi ofcoz lah pilih paling murah kan. 1290y dari Narita ke Asakusa, kena tukar train sekali je, guna Keisei Line. Perjalanan sejam lebih jugak  lah. Masa tu tengah tak berapa confident lagi, betul ke aku naik train yang betul ni. Guna Google Maps je. Memang details dia akan bagi dia instruction so follow yang tu je. Masa nak tukar train tu pon taktau betul ke tak, so tanya staf yang jaga kat situ sebelum boarded. 

Ambil train dari haneda tu untuk ke Asakusa. 

Jalan ke Khaosan GH

Sampai Asakusa main keluar je Exit mana-mana, lepas tu jalan guna Google Maps, jumpa Tourist Info Centre masuk tanya situ. So lepas dah cari-cari tu akhirnya jumpa lah tempat penginapan. Untuk 2 malam stay di Khaosan Original Tokyo guesthouse, lepas tu tukar ke hotel lain pulak. Khaosan ni boleh check in after 3 pm, time tu awal lagi kot dalam pukul 10 lebih. Nasib baik dorang bagi check in awal. Tapi tak masuk bilik pon lagi, tinggalkan dulu bagpack, dapat kunci, settle kan payment lepas tu keluar jalan-jalan area Asakusa. Book penginapan di Booking.com, bed in 8-bed female room. Dapat harga RM175 untuk 2 nights-pay in Yen. 

Sumida River

Khaosan ni memang betul-betul strategik tempat dia, sebab dia sebelah sumida river je. Naik rooftop boleh nampak view cantik. Lepas tu dekat sangat dengan subway station - Asakusa Station untuk Ginza Line. So memang senang nak ke mana-mana. Sensoji temple, makanan halal pon dekat je. Location dia memang terbaik lah. 


Asahi beer building

Untuk awal-awal ni jalan area Sumida River, pergi Sumida Park nak cari Sakura. Tapi sakura belum blooming lagi time tu. Lepas tu terus ke Sensoji temple. Sebelah sensoji tu ada sepokok sakura yang dah blooming. Nak ke sensoji tu akan lalu Nakamise Shopping Street. Area situ memang ramai gle manusia. 

 
Nakamise Street

Sensoji temple

Sakura di sensoji. 
Excited bila jumpa sakura yang dah blooming. 

Lepas dah jalan-jalan area sensoji tu, rasa lapar so google lah halal restaurant. Jumpa Naritaya dekat je dengan Sensoji ni. Kedai ni kecik je. Masuk je ada 2 staf, sorang Malaysian sorang Indonesian. Malaysian tu owner. Sempat berbual kejap, katanya dah 20 tahun dok jepun pastu wife dia pon orang Jepun. Tapi wife nya tinggal kat Penang sekarang, lagi suka dok Malaysia katanya. So dia pon kadang-kadang balik Penang. Tengok menu tak tau nak makan apa, lepas tu order yang paling murah. HAHA. First day kan, so tak tau lagi camane, risau tak cukup duit ke. 

Chicken bowl - 750yen.
Dalam tu ada nasi, ayam, seaweed, sayur, telur.
Tapi makan tak habis sebab tak kena dengan tekak je. Owner tu offer sup, so ambik lah sup tu sekali rasa pon macam tak kena dengan tekak jugak, bahaha so semua tak habis. 

Naritaya Halal. Kat sini ada ruang solat jugak. Biasanya restoren halal akan ada tempat utk solat. 

Terjumpa yang ni serius terliur nak rasa, haha. 
Tapi tak beli sebab rasa macam sos dorang guna tu tak halal.

 Lepas dah makan, aim nak ke Ueno untuk cari sakura. Nak ke Ueno dari Asakusa senang je, naik Ginza Line je. Dari Asakusa ke Ueno dekat je, dalam 3 station je. Tiket 170 yen. Masa first day ni takde beli apa-apa pass lagi so beli tiket je dulu. Nak beli tiket kena beli dari machine. Cara nak beli tiket tu kita kena tau harga sebab machine tu hanya ada pilihan harga, bukannya pilihan tempat. Semua machine kat Jepun yang aku guna macam tu la. Beli tiket JR Line atau beli tiket bas pon sama. 

Sakura di Ueno Park

Sampai Ueno station, tak pasti Exit mana untuk ke Ueno Park. So cari signboard je memang akan ada exit mana kena ambik kalau nak ke Ueno Park/Ueno Zoo. Ueno park dengan Ueno Zoo ni dekat-dekat je. Masa keluar tu jumpa Ameyokocho Shopping Street tapi tak masuk pon situ sebab plannya nak cari sakura dulu, bukan nak shopping. Ueno Park ni banyak sangat pokok sakura, tapi yang dah blooming nya seikit je. 

Ramai gila ber-hanami party kat sini especially locals, walaupon masa tu office hour.
Hanami party masa sakura memang dah jadi budaya orang Jepun.

Cantik pulak view ni.
Dah macam kat Nami Island pulok, hihi. 

Ueno Zoo
Lama jugak aku dok tercegat depan ni sebab fikir nak masuk ke tak nak masuk
Penat fikir last-last takyah masuk lah, HAHA. 
Lama jugak lah jalan-jalan area sini, lepas tu kaki dah sakit duduk rehat kejap lepas tu sambung jalan.
Bila dah petang baru balik ke Asakusa. Tapi sampai Asakusa bukannya terus balik bilik tapi dok lepak kat tepi Sumida River. Tengok cruise, tengok orang lepas tu mengelamun. Padahal time tu sejuk kot, bila dah banyak kali bersin tak henti tu meh lah kita balik. Suhu dalam 12 celcius masa tu. First day, badan tak biasa lagi dengan temperature macam tu. Dok mengelamun kat situ, lepas tu fikir kat area sini ke yang dalam movie The Liar and His Lover tu? Ada sungai, cruise, pastu jambatan, train semua macam betul dah. Tapi bila check balik bukan, HAHA. Tu salah satu favorite J-Movie iols, best gila kot. Lagu-lagu dalam cite tu semua best, pastu iols suka pelakon utama tu. Dah ulang banyak kali kot. =p

Sumida Park. 



Tokyo Sky Tree.
View ni dari atas jambatan Sumida River.

Malam tu keluar untuk cari dinner, tapi sebelum tu rasa macam nak jalan-jalan seberang sana. Sebab nak tengok Tokyo Sky Tree dari dekat lah kononnya, ingat kan dekat la. Sekali jalan apesal jauh sangat ni, last-last patah balik sebab kaki dah sakit lepas tu badan dah penat sangat dah. Google Maps cari kedai halal lain, jumpa Kebab Factory. So makan situ je lah. 

Nasib baik ada menu macam ni, sebab kalau kebab wrap biasa tu tak suka sangat. 
Harga 1450 yen  sekali dengan hot coffee. 

Lepas makan balik bilik. Masa ni takde plan lagi esok nak pergi mana, esok lah baru fikir. 
End of Day 1. 

No comments: